in ,

Sufian Suhaimi Ambil Anak Angkat Bernama Faeq Razeeq

Seronok juga ada anak angkat. Dapat melepaskan tekanan selepas kerja, betul tak Ayah Yan?

Penyanyi lagu Di matamu, Sufian Suhaimi berkongsi berita gembira apabila bergelar bapa setelah mengambil anak angkat yang bernama Faeq Razeeq. Menurut Sufian, bergelar bapa pada usia 27 tahun bukan satu masalah. Dia sebaliknya melihat status baharu tersebut sebagai anugerah yang paling berharga buat dirinya.

Sufian Suhaimi

“Saya bersyukur dengan nikmat hidup ini. Allah cukup pemurah dalam melimpahkan rezeki kepada saya, begitu juga kepada yang lain.

“Usia 27 tahun bagi saya bukanlah terlalu muda untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa kepada anak angkat saya,”

– Instagram Sufian Suhaimi

Jika sebelum ini penyanyi itu bekerja keras untuk membahagiakan ibu bapa dan keluarganya, kini dia mendapat kekuatan baharu.

Kehadiran Faeq Razeeq disifatkan amat bermakna dan menjadi pendorong semangat untuk bekerja lebih kuat.

Dalam pada itu, Sufian turut menolak dakwaan kononnya sedang menjalinkan cinta tetapi merasakan satu perasaan istimewa terhadap kanak-kanak.

Buat masa ini dia hanya ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada anak angkatnya.

“Banyak masa saya digunakan untuk melayan perasaan dan memikirkan apa yang kurang selama ini. Ada juga saya bercerita dan berkongsi dengan rakan-rakan tetapi melihat mereka yang sudah bergelar bapa seperti sudah penuh (sempurna).

“Belum tiba masanya untuk menamatkan zaman bujang, tetapi  saya boleh rasakan ini adalah waktu yang tepat untuk mengambil seorang anak angkat. Itu juga satu rezeki,”

– Instagram Sufian Suhaimi

Sufian membahasakan dirinya sebagai Ayah Yan kepada anak angkatnya.

Sufian Suhaimi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muncul Semasa Fitting, Neelofa Terima Kejutan dari Tommy Hilfiger

Misi Nabil Mahir Cari Teh Tarik Terbaik Dalam TEH TARIK ROAD TRIP