in , ,

Yakin Itu Penting, Sufian Suhaimi Kekal Rekod Bersih?

Sufian Suhaimi kembali lagi dalam ICSYVMY sebagai artis jemputan untuk memilih siapa pasangan duet pula! Dalam musim yang lalu, Sufian Suhaimi sebagai ahli panel penyiasat tidak pernah silap dalam meneka siapakah penyamar bersuara sumbang.

Berpegang dengan rekod bersih itu, Sufian Suhaimi kelihatan sangat tenang dan yakin untuk beraksi dalam episod 10 ini. Berjayakah dia mengekalkan rekod tersebut ICSYVMY3 episod 10 yang bersiaran pada 19 April 2020 telah berjaya mencecah 5.2 juta penonton manakala kadar tonton secara purata pula mencatatkan 3.8 juta penonton dan 46.3% syer penonton direkodkan. (sumber: Nielsen Audience Measurement) Jumlah tontonan strim live dalam definisi tinggi di laman sesawang www.tonton.com.my pula mencatatkan 153,000 tontonan. 

Episod kali ini juga membawakan penampilan khas dua orang pelakon berbakat iaitu Dato’ Fizz Fairuz dan Jasmine Suraya sebagai panel penyiasat untuk menyertai panel penyiasat tetap ICSYVMY3 iaitu Yusry Abdul Halim, Jihan Muse dan Mark Adam untuk mengenal pasti penyamar bersuara sumbang.  

Sufian Suhaimi

Sufian Suhaimi telah tersilap langkah pada pusingan pertama apabila dia menyingkirkan penyanyi misteri keempat, seorang guru vokal (Danial Chuer), sedangkan Danial ialah seorang penyanyi sebenar yang berjaya membawakan lagu Whitney Houston dengan sangat lunak sekali.

Persembahan Danial di pentas penentuan telah membuat kesemua panel dan penonton terpesona dengan suaranya yang amat memukau. Shuk turut menyatakan bahawa Danial ialah pemenang rancangan Idola Kecil, kerana itulah Danial mampu menjadi guru vokal di usia muda.

Di pusingan kedua, Sufian Suhaimi telah membuat pilihan untuk menyingkirkan penyanyi misteri kedua dan penyanyi misteri kelima. Penyanyi misteri kedua ialah seorang pengawal kualiti produk (Tuan Mohd Syafiq) yang ternyata memang penyamar bersuara sumbang.

Sufian Suhaimi sekali lagi berjaya meneka dengan betul apabila penyanyi misteri kelima, seorang pelajar teater dan drama (Nurulmaduha) ternyata memang seorang penyamar bersuara sumbang. Juri dan panel penyiasat meragui penyanyi misteri ini kerana lip sync yang terlalu over.

Sufian Suhaimi (2)

Pusingan ketiga pula, Sufian Suhaimi menyingkirkan penyanyi misteri keenam, seorang ahli silap mata (Muhd Qutaibah) kerana majoriti penonton dan panel penyiasat kecuali Jasmine dan Jihan memilih dia sebagai penyamar. Ternyata dia pandai memperdayakan orang kerana sebenarnya Qutaibah memang seorang penyamar bersuara sumbang.

Di pusingan terakhir, Sufian Suhaimi perlu membuat pilihan antara akauntan bertauliah (Mohd Zhafri) dan eksekutif kewangan (Mohd Akmal). Setelah mengambil kira info tambahan yang diberikan, Sufian berpendapat kedua-duanya ialah penyanyi sebenar walaupun Jasmine Suraya tidak bersetuju, Datuk Fizz Fairuz pula meletakkan hak pilihan pada Sufian. 

Sufian rasa ralat hendak menyingkirkan ‘akauntan bertauliah’ tetapi dia lebih tertarik dengan penyanyi misteri pertama, eksekutif kewangan (Mohd Akmal) yang telah mendapat perhatian dek gaya rambutnya.

Nama jolokan ‘New York boy’ terus melekat dengan Akmal selepas Shuk mengatakan imej Akmal seperti orang dari New York.

Perwatakan Mohd Akmal itu juga dapat menyakinkan Sufian bahawa dia ialah seorang penyanyi sebenar dari awal rancangan. 

Jasmine Suraya (1)
Jasmine Suraya

Akhirnya, penyanyi misteri ketiga iaitu akauntan bertauliah (Mohd Zhafri) telah disingkirkan. Persembahannya tidak mengecewakan apabila suaranya yang merdu telah mendapat ‘standing ovation’ daripada kesemua panel.

Nampaknya Zhafri bukan sahaja bijak dalam bidangnya, malah berbakat dalam bidang nyanyian juga.

Kini, tiba pusingan penentuan untuk mengetahui sama ada pilihan Sufian adalah tepat atau sebaliknya kerana membuat keputusan untuk berduet dengan penyanyi misteri pertama iaitu eksekutif kewangan (Mohd Akmal). 

Kesemua panel dan penonton sangat teruja mendengar suara Akmal kerana dia ternyata seorang penyanyi sebenar. Mereka menyanyikan lagu ‘Di Matamu’ nyanyian asal Sufian Suhaimi dengan indah sekali. 

Tahniah diucapkan kepada Mohd Akmal kerana berjaya merebut peluang untuk bersaing dengan penyanyi-penyanyi sebenar yang lain untuk menjadi artis di bawah naungan Monkey Bone dan Warner Music serta layak untuk merakamkan sebuah single! Pemenang akan ditentukan melalui barisan juri profesional serta undian atas talian oleh orang ramai yang akan berlangsung selepas siaran episod khas bersempena dengan Hari Raya nanti.

Selain itu, peminat setia ICSYVMY harus menonton The Best of ICSYVMY Musim Ke-3 yang akan disiarkan pada Hari Raya di mana Shuk Sahar dan Sean LJE akan berkongsi sedutan-sedutan paling menarik daripada 10 episod awal ini.

Nantikan juga ICSYVMY Musim Ke-3 Edisi Raya yang menampilkan Ramlah Ram sebagai artis jemputan serta Awal Ashaari dan Scha Alyahya sebagai panel jemputan. Sebagai tanda terima kasih kepada sokongan padu daripada penonton setia ICSYVMY, musim ketiga ini akan kembali dengan episod baharu selepas Hari Raya nanti.   

ICSYVMY3 dihoskan oleh Shuk Sahar dan Sean LJE dan menampilkan Oppo sebagai penaja bersama untuk kali kedua dalam musim ketiga ini. Disokong oleh Hot FM sebagai radio rasmi, manakala xtra, Oh Bulan! dan Senang Terhibur ialah rakan digital. Kru penerbitan ICSYVMY3 diketuai oleh Mas Ayu Haji Ali sebagai penerbit eksekutif dan Lucent Chong Kien Wen sebagai penerbit dari Primeworks Studios.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.tonton.com.my dan www.xtra.com.my , ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. Gunakan tanda pagar #ICSYVMY dalam merancakkan perbualan di platform media sosial.

Datuk Fizz Fairuz (1)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ezad Lazim & Idayu Bergabung Dalam Single SAMPAI SYURGA

Tiga Drama Bersiri Terbaik Sepanjang Ramadan Ini di RTM