in , ,

Sufi Rashid Telah Temui ‘YANG TERAKHIR’

Selepas Kejayaan Aku Sanggup Dan Aku Sendiri, Juara Akademi Fantasia 2015 Kembali Mempertaruhkan Single Terbaharu

Penyanyi lelaki bersuara lantang asal Singapura dan merupakan juara Akademi Fantasia 2015, dan pernah meraih sebanyak ​​2 juta tontonan di laman rasmi YouTube Rocketfuel Entertainment melalui lagu ​Aku Sanggup dan ​Aku Sendiri​, Muhammad Sufi Rashid atau lebih dikenali dengan nama Sufi Rashid kembali menghangatkan industri muzik tanah air dengan mempertaruhkan single terbaharu berjudul ‘​Yang Terakhi​r’ hasil ciptaan komposer serta penulis lirik terkemuka negara seperti Omar K, John Jeevasingham dan Ikhwan Fatanna.

SUFI

Pemenang Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 ini berkata, ​“Lagu ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah kehilangan cintanya kerana kekasihnya telah pergi meninggalkannya buat selamanya dan kini dia hanya mampu mendoakan kesejahteraan ke atas kekasihnya, dan tiada lagi rasa cinta yang mampu menggantikan perasaan itu.

Lagu ini merupakan kesinambungan kepada Aku Sanggup, tentang kesanggupan berbuat apa sahaja demi kekasihnya, kemudian Aku Sendiri, tentang dirinya yang ditinggalkan kekasihnya sendirian dan Yang Terakhir​ di mana merupakan penghujung cerita sedih ini.”

“Genre yang saya bawakan kali ini agak berbeza dan tak meleleh, lebih kepada rentak pop balada dengan elemen dark, dan dari segi mainan emosi ia kedengaran agak seram.

Manakala proses rakaman Yang Terakhir mengambil masa selama dua hari untuk disiapkan sepenuhnya kerana Omar K merupakan seorang komposer yang sangat teliti ketika bekerja, beliau juga sangat tegas dan berpengalaman luas, walau begitu sangat mudah untuk berkejasama dengan beliau dan banyak yang saya pelajari,”​ jelas Sufi lagi.

SUFI

Encik Feros Sayna, selaku Ketua Label Rocketfuel Entertainment pula berpendapat, ​“Sufi merupakan salah satu artis naungan kami yang mempunyai bakat besar dengan kekuatan vokal yang tersendiri.

Saya percaya lagu baru ini mampu pergi jauh sama seperti lagu-lagu sebelumnya dan bakal menjadi hit.”

“Walaupun sedang sibuk menguruskan perniagaan saya dan sudah berkeluarga, nyanyian merupakan bidang kerjaya saya yang utama, dan memang saya nantikan untuk kembali dengan single terbaharu.

Saya berharap agar lagu ini dapat diterima ramai dan mengubat kerinduan peminat di luar sana yang dah lama nantikan buah tangan terbaru daripada saya,”​ tambah beliau.

Lagu ‘​Yang Terakhir​’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer bermula 30 Oktober 2020. Manakala video lirik dan muzik lagu ‘​Yang Terakhir​’ ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Entertainment pada hari yang sama.

SUFI

Tajuk : Yang Terakhir

Artis: Sufi Rashid

Lirik : Omar K, John Jeevasingham & Ikhwan Fatanna

Komposer: Omar K, John Jeevasingham & Ikhwan Fatanna

Nafas yang seakan tersekat Jiwa yang tenat dan melarat

Mengenang cinta
Kini tiada

Kerna ku yang bersalah

Bilaku terdengar namamu
Rasa rindu selubungi kalbu

Ruang hati yang di benam hampa Terhenti segala

(Chorus)

Ku tak menyangka ini berlaku

Terpaksa meninggalkan dirimu Bukan niatku melukakanmu

Lupakanlah salahku

Walau jauh terpisah darimu Cintamu tetap menghantuiku

Ku janji takkan ada pengganti Kekasih yang terakhir

Sebelum ku sembuhkan hati

Ku angkat doa ku kembali Agar dirinya
Temu bahagia

Abadi selamanya

(Chorus)

Kau bagaikan putih-putih salju Yang turun
Dan kau terpenjara akhirnya dalam Mimpiku

(Chorus)

Terakhir

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netizen Ramal Hannah Delisha Bakal Dikecam dalam Drama Bersiri CINTA SEKALI LAGI

Nabil Ahmad & Mark Adam Beri Keterangan pada SPRM