in ,

Suffian Amrin SAUJANA Selamat Bernikah

Selamat pengantin baru dan tahniah Budiey ucapkan kepada Suffian Amrin, penyanyi kumpulan nasyid Saujana dan juga penyampai radio sambilan di stesen radio IKIM yang telah selamat diijabkabulkan dan kini sah menjadi suami kepada Nadiah Hj Yusof.

Suffian dan Nadiah selamat diijabkabulkan selepas Isya’, 27 Disember 2013 lalu di rumah isterinya di Johor. Pasangan ini tinggal sekampung. Jadi, senang nak balik kampung. Namun, Suffian kini masih lagi bekerja di Kuala Lumpur. Tetap rasa berjauhan.

Majlis kenduri diadakan di Muar Johor pada hari Ahad ini, 29 Disember 2013.

Apa-apa pun selamat pengantin baru sekali lagi. Semoga bahagia hingga ke Jannah.

Pada Anugerah Industri Muzik ke-20 yang lalu, SAUJANA telah menjulang trofi kemenangan untuk kategori Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Lagu menerusi lagu Salam Atasmu. Tahniah sekali lagi dari Budiey.

Suffian Amrin Saujana Selamat Bernikah

Suffian Saujana

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Pengambaran Muzik Video ADUH Ajai

Geng Lawak Bakal Meriahkan Sambutan Tahun Baru di PICC