in ,

“Sudirman Order 15,000 Kad Raya Untuk Peminat” – Bekas Pengurus

KEPERIBADIANNYA yang merendah diri dan baik hati menjadikan ikon muzik popular era 80-an, Sudirman Haji Arshad seorang yang disegani dan disayangi rakyat Malaysia.

Menurut bekas pengurusnya, Dharanee Dharan Kannan, Sudirman merupakan penyanyi yang amat menghargai peminatnya.

Malah, arwah juga menandatangani 10,000 hingga 15,000 kad raya khas buat peminatnya.

Sudirman

“Yang paling saya ingati ialah pada bulan Ramadan, kami tidak akan terima mana-mana undangan walaupun kami terima banyak undangan dari Singapura ke Jakarta.
“Arwah pernah bagitahu saya ‘no shows’ pada bulan puasa kerana dia cakap bulan puasa kita akan order 10,000 hingga 15,000 kad raya.
“Arwah akan tandatangan setiap satu kad tersebut dan menghantar semua kad tersebut kepada peminatnya,”

– Dharanee

Selain itu, allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad juga lebih suka meluangkan masa beribadah pada bulan Ramadan dan akan ke masjid sehingga tengah malam.

Sudirman

“Dia akan beribadah lebih pada bulan Ramadan. Dia selalu kata jangan ganggu dia dari waktu selepas berbuka sehingga tengah malam,”

– Dharanee

Jelasnya, arwah akan ke masjid dan saya sering mengambilnya di masjid sekitar jam 12.00 tengah malam hingga pukul 1.00 pagi.

Tambah Dharanee, kemasyhuran dan kejayaan yang dikecapi tidak mengubah sifat Sudirman yang dikenali sebagai peramah dan rendah diri dalam kalangan peminatnya.

Kata beliau, tiada siapa yang boleh menggantikan Sudirman. Dia adalah satu-satunya penghibur yang lain daripada yang lain. Anda tidak akan nampak keperibadian yang sama pada penyanyi lain.

Allahyarham meninggal dunia pada Februari 1992 ketika berusia 37 tahun akibat penyakit radang paru-paru.

Kini, walaupun setelah 27 tahun Allahyarham meninggalkan kita, suara uniknya masih dihayati dan dikagumi baik dalam kalangan generasi seangkatannya, malah generasi muda.

Sumber: Astro Awani

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Istimewa Tentang Lagu IKHLAS Nyanyian Siti Nurhaliza, Nissa Sabyan & Taufik Batisah

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem POCONG THE ORIGIN