in

Sudah Lama Tidak Bertemu, Anak Menangis Rindukan Ashira

Tiga minggu terpisah daripada anaknya merupakan tempoh cukup mencabar buat peserta program Gegar Vaganza, Ashira Aziz.

Malah lebih menghibakan bagaimana video tular yang memaparkan anak tunggalnya Megat Shazril Haziq Hadi, 14, menangis ketika menonton persembahanya semalam cukup memberi kesan emosi buat penyanyi ini.

Sementara itu video berdurasi 21 saat yang dimuat naik oleh kakaknya, Shasha Aziz dalam Twitter turut mendapat perhatian ramai yang rata-rata sedih melihat keadaan anak penyanyi itu.

“Memang rindu sangat kepadanya tetapi apakan daya saya masih lagi berjuang dalam GV7. Saya menangis bila melihatkan video itu dimuat naik oleh kakak, tidak terluah dengan kata-kata.

“Sekarang saya masih berjuang dalam rancangan ini. Insya-Allah apabila tamat nanti saya akan mencari rumah dan kami dapat duduk kembali bersama seperti dulu,” kata Ashira.

Dalam pada itu, Ashira yang menyampaikan lagu Sempurna yang didendangkan oleh Andra & The Back Bone menganggap lagu tersebut sebagai pembakar semangat untuknya meneruskan hidup dengan sempurna selepas ini.

Meskipun berstatus ibu tunggal, dia tetap mahu mencari kesempurnaan untuk keluarga kecilnya itu dan menganggap Shazril adalah segala-gala buatnya.

“Doakan supaya saya kuat menempuh dugaan ini. Dalam keadaan berjauhan dengan anak, saya hanya minta agar dikuatkan hati sahaja,” tambahnya.

Terdahulu, Ashira diarahkan keluar dari rumah sewa beberapa bulan yang lalu. Dia yang kehilangan mata pencarian akibat impak pandemik Covid19 terpaksa ‘menyerahkan’ Shazril kepada Shasha dan dia pula menumpang di rumah kakak kelimanya, Sharifah Nur Azita.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Datin Alyaa Bengang Suami Dituduh Lari Lompat Pagar SPRM

Walau Dikritik di Sosial Media, Apple Sudah Terima Lebih 2.3 Juta iPhone 12 Semasa Pre-Order