in ,

Subculture Wakili Malaysia ke Baybeats 2014

Kumpulan punk rock veteran tanahair, Subculture, sekali lagi mencipta sejarah apabila dijemput untuk menyertai festival rock/indie terbesar di rantau ini, Baybeats 2014, yang akan berlangsung di Singapura pada 27-29 June ini.

Festival Baybeats yang bertempat di Esplanade Singapura merupakan antara festival rock yang terbesar dan paling dinantikan oleh peminat muzik rock/indie di rantau ini. Festival ini menggabungkan nama-nama besar dari pelbagai negara termasuklah dari Jepun, Filipina, Thailand, Indonesia dan juga dari Singapura sendiri. Festival yang bermula sejak tahun 2002 ini dijangkakan akan menarik puluhan ribu peminat dan pengunjung sepanjang tiga hari ia dilangsungkan.

Subculture

Jemputan menyertai festival ini merupakan satu perhormatan tertinggi untuk Subculture kerana mereka sudah memperjuangkan muzik punk rock semenjak tahun 1992 lagi. Tambahan pula, mereka diberikan slot utama iaitu pada 28 June, 945 malam. Mereka dijangkakan akan mengadakan persembahan yang padat dengan lagu-lagu original mereka sendiri. Masakan tidak, mereka sudah mempunyai 4 album penuh. Tentulah pilihan lagu tidak menjadi masalah bagi mereka.

Biarpun berita mengenai festival Baybeats 2014 ini tidak mendapat liputan meluas dari media tempatan, Subculture tetap bersemangat untuk memberikan persembahan yang terbaik dan istimewa. Ini kerana dengan menyertai dan membuat persembahan di Baybeats 2014, Subculture sebenarnya secara tidak langsung menjadi wakil Malaysia ke festival yang berprestij itu.

Tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran, Subculture bertekad untuk mengharumkan nama negara dengan cara mereka yang tersendiri dan ini merupakan satu prinsip yang harus dipuji. Semoga semuanya berjalan lancar untuk Subculture dalam misi mereka menaikkan nama negara!
Maklumat lanjut mengenai Subculture dan aktiviti mereka boleh didapati di laman media sosial mereka:

Facebook: subculturemalaysia

Instgram : Subs365

Twitter: Subs_Satellite

Subculture

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

2014 KOSE SAVE the BLUE Limited Edition

2BIC Lancar Muzik Video Lagu WALK BACKWARD