in , ,

Jom Belayar Bersama Star Cruises Atas Kapal SuperStar Gemini

Belayar bersama watak-watak ‘Spider-Man: Into the Spider-Verse’ pada musim cuti sekolah dan musim perayaan ini! Pelayaran khas menunaikan impian seorang kanak-kanak Make-A-Wish untuk menjadi Kapten.

Star Cruises, ahli kumpulan Genting Cruise Lines, hari ini (5 November 2018) menyambut ketibaan SuperStar Gemini, sebuah kapal pelayaran popular yang kembali ke Malaysia untuk berpengkalan pertama kali di Pelabuhan Klang, Malaysia dari 5 November 2018 hingga 28 April 2019.

Para penumpang turut boleh menaiki kapal SuperStar Gemini dari Pulau Pinang dan Langkawi untuk menikmati pelayaran 3 malam ke destinasi-destinasi menarik di Malaysia, serta ke Phuket, Thailand.

Jom Belayar Bersama Star Cruises Atas Kapal SuperStar Gemini

Genting Cruise Lines menawarkan percutian pelayaran Star Cruises di atas kapal SuperStar Gemini dari Malaysia

Bagi menyambut ketibaan kapal pelayaran SuperStar Gemini ke Pelabuhan Klang, sebuah majlis sambutan telah diadakan di atas kapal SuperStar Gemini bersama tetamu-tetamu jemputan bagi mempamerkan pelbagai kemudahan-kemudahan yang menarik yang ditawarkan di atas kapal serta memperkenalkan manfaat percutian pelayaran yang mudah dan menyeronokkan bersama Star Cruises.

Turut hadir, Yang Berbahagia Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia sebagai Tetamu Kehormat, wakil-wakil agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, rakan-rakan korporat dan media.

Bersempena dengan majlis sambutan ini dan sebahagian daripada komitmen berterusan Genting Cruise Lines untuk membawa perubahan positif dalam kehidupan harian masyarakat di rantau ini, Star Cruises berkesempatan untuk bekerjasama dengan Make-A-Wish Malaysia untuk menunaikan hasrat seorang kanak-kanak untuk menjadi seorang “Kapten” di atas kapal. Wish Child, adik Adam Khalish dari Make-A-Wish Malaysia amat terpesona dengan kapal-kapal pelayaran dan sentiasa teringin belayar di lautan terbuka.

Pada majlis tersebut, Kapten SuperStar Gemini Christian Westergren menyampaikan sebuah topi Kapten kepada Adam bagi pihak Star Cruises, di samping mengatur satu lawatan khas di atas kapal untuk Adam dengan keluarganya yang juga mengikuti pelayaran sulung 3 malam SuperStar Gemini dari Pelabuhan Klang ke Phuket dan Pulau Pinang.

“Tahun ini Genting Cruise Lines meraikan Ulang Tahun ke-25nya dalam industri pelayaran dengan jenama perintis Star Cruises kami, sepenuhnya menggambarkan komitmen berterusan kami dalam membangunkan pelancongan pelayaran Malaysia, bersama-sama dengan negara-negara jirannya dan seluruh Asia. Genting Cruise Lines akan meneruskan usaha untuk menyebarkan keseronokan berlayar serta menunaikan pelbagai impian untuk masyarakat, sama ada impian seorang kanak-kanak untuk menjadi kapten atau mewujudkan lebih banyak peluang untuk lebih ramai keluarga menikmati percutian pelayaran bersama rakan-rakan dan orang kesayangan mereka, ” kata Encik Ang Moo Lim, Presiden Star Cruises.

Genting Cruise Lines terus menyokong pertumbuhan industri pelancongan kapal pelayaran di Malaysia dengan Star Cruises dan juga Dream Cruises, mengunjungi pelabuhan-pelabuhan utama di seluruh Malaysia sejak tahun 1994.

Kerajaan Malaysia menyokong sepenuhnya segala inisiatif yang dilakukan untuk mempromosikan pelancongan pelayaran di Malaysia. Pada masa ini, terdapat sebanyak 12 buah pelabuhan di dalam negeri yang menampung keperluan kedatangan kapal pelayaran. Pada tahun 2017,

Malaysia telah menerima sebanyak 924,885 penumpang kapal pelayaran dan 599 kapal pelayaran, peningkatan sebanyak 37.8% dan 35.6%, berbanding dengan 682,063 penumpang kapal pelayaran dan 435 kapal pelayaran pada 2016.

Dengan penempatan SuperStar Gemini yang kini berpengkalan di Malaysia, Star Cruises terus komited dalam pengukuhan Malaysia sebagai hab pelayaran di rantau ini serta meraih peluang pertumbuhan baru dalam segmen fly-cruise yang amat berpotensi ini.

Star Cruises meraih pengiktirafan “Travel Hall of Fame” Travel Trade Gazette (TTG) sepanjang lebih sepuluh tahun. Setiap pelayaran kapal Star Cruises di seluruh Asia menawarkan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik.

Dengan SuperStar Gemini yang kini berpengkalan di beberapa pelabuhan di Malaysia termasuk Pelabuhan Klang, Pulau Pinang dan Langkawi, tetamu boleh memilih untuk bertolak dari mana-mana hab pelancongan yang mempunyai rangkaian pengangkutan yang baik untuk menerokai pelbagai jadual perjalanan pelayaran pergi-balik yang popular.

Ini termasuk jadual pelayaran 4Hari/3Malam ke Phuket dan Langkawi atau 4Hari/3Malam ke Phuket dan Pulau Pinang, serta jadual pelayaran khas 5Hari/4Malam ke Phuket, Krabi dan Pulau Pinang (berlepas pada 6 Februari 2019) dan jadual pelayaran 3Hari/2Malam ke Singapura (berlepas pada 10 Februari 2019).

Sebagai alternatif, para pelancong juga boleh mengikuti pelayaran 4Hari/3Malam (pergi-balik) dari Pulau Pinang ke Pelabuhan Klang dan Phuket yang berlepas pada tarikh-tarikh tertentu.

“Di Star Cruises, matlamat kami adalah untuk terus menawarkan pengalaman percutian yang unik dan menarik kepada para pelancong dengan tawaran destinasi-destinasi yang baru serta pelayaran tematik khas, seperti pelancaran pelayaran tematik ‘Spider-Man: Into the Spider-Verse’ yang akan dilancarkan terlebih dahulu di kapal SuperStar Gemini. Kami sangat gembira bahawa penumpang – penumpang kami, dari pelbagai lapisan umur, akan menjadi kumpulan yang pertama untuk menikmati aktiviti-aktiviti tematik di atas kapal ini, ” – Encik Ang.

Jom Belayar Bersama Star Cruises Atas Kapal SuperStar Gemini

Bagi filem baru ‘Spider-Man: Into the Spider-Verse’ yang bakal ditayangkan di pawagam bermula bulan Disember ini, Star Cruises telah berkerjasama dengan Sony Pictures untuk menyediakan aktiviti-aktiviti berinteraksi di kapal SuperStar Gemini yang bermula dari 14 November 2018 hingga 31 Januari 2019.

Dengan filem ini membawa visi baru Spider-People dari alam semesta yang berbeza, para tetamu kapal juga akan dapat mencuba dan menikmati pelbagai aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan ‘Spider-Man: Into the Spider-Verse’ seperti Spider-Man Scavenger Hunt, Meet & Greet, Cabaran Kecergasan, Sambutan Hari Krismas dan lain-lain.

Selain itu, banyak lagi boleh dinikmati dan diterokai di atas kapal SuperStar Gemini termasuk pelbagai pilihan makanan Asia dan antarabangsa yang memenangi anugerah, persembahan dan hiburan yang hebat, pelbagai kemudahan rekreasi, sukan dan kecergasan, zon membeli-belah bebas cukai, atau hanya bersantai di spa atau dalam keselesaan kabin anda sendiri – Star Cruises berjanji agar menyampaikan cuti pelayaran yang luar biasa dengan Asian hospitality yang merupakan tanda dagangan Star Cruises.

Official website: http://www.starcruises.com
WeChat: “SCTA-HK”或“麗星郵輪香港”
Facebook: www.facebook.com/starcruises
Instagram: http://www.instagram.com/starcruisesasia
Twitter: www.twitter.com/starcruisesasia

On Star Cruises, every journey is a voyage of discovery and surprise.

Turut hadir pada majlis sambutan ketibaan kapal pelayaran SuperStar Gemini ke Pelabuhan Klang pada 5 November 2018 termasuk Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia sebagai Tetamu Kehormat (empat dari kanan), Encik Michael Goh, Naib Presiden Kanan – Jualan Antarabangsa, Genting Cruise Lines (lima dari kiri), Kapten Christian Westergren, SuperStar Gemini (lima dari kanan), Kanak-kanak Make-A-Wish Adam Khalish serta watak-watak filem ‘Spider-Man: Into the Spider-Verse’

Penyampaian cenderahati daripada Encik Michael Goh, Naib Presiden Kanan – Jualan Antarabangsa, Genting Cruise Lines kepada tetamu kehormat Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia pada majlis menyambut ketibaan kapal SuperStar Gemini ke Pelabuhan Klang pada 5 November 2018.

About Genting Cruise Lines
Genting Cruise Lines is a division of Genting Hong Kong comprising of three distinct cruise brands – Star Cruises, Dream Cruises and Crystal Cruises – providing a range of products from contemporary cruises to ultra-luxurious vacation experiences spanning the sea to air.

Founded in 1993, Star Cruises established the Asia-Pacific as a popular, world-wide cruise destination and, with its current fleet of five vessels (SuperStar Virgo, SuperStar Aquarius, SuperStar Gemini, Star Pisces and The Taipan), continues to pioneer the contemporary cruise market in the region.

Launched in 2015, Dream Cruises has delivered the highest level of guest service and spacious comfort in the region via it fleet of two ships: Genting Dream which debuted in November 2016 and World Dream, in November 2017. Developed specifically for the China and Asia market, Dream Cruises provides passengers with inspirational journeys at sea that are Asian at heart and international in spirit.

By sea, river, land or air, Crystal has redefined the way the world views luxury travel. The world-renowned Crystal Experience – featuring global journeys with Crystal Cruises, Crystal River Cruises, Crystal Yacht Expedition Cruises, Crystal AirCruises and Crystal Air – continues to entice the world’s most discerning travelers with incomparable luxury and unparalleled personal service.

Through its family of brands, Genting Cruise Lines offers the widest and most imaginative spectrum of cruise products for the modern traveller, catering to all segments, geographies, life stages and travel styles.

About Star Cruises
Star Cruises is a wholly-owned subsidiary of Genting Hong Kong, a leading global leisure, entertainment and hospitality corporation. A pioneer in the Asia Pacific cruise industry, Star Cruises has been operating its fleet since 1993, taking on the bold initiative to grow the region as an international cruise destination with a fleet of five vessels including SuperStar Virgo, SuperStar Gemini, SuperStar Aquarius, Star Pisces and The Taipan.

Star Cruises’ commitment in offering best-in-class services and facilities is reflected in a host of recognitions and accolades received over the years. These include being inducted into the prestigious Travel Trade Gazette’s “Travel Hall of Fame” for the eleventh consecutive year in 2018 in recognition of winning “Best Cruise Operator in the Asia-Pacific” for 10 consecutive years. Star Cruises was also recently voted “Asia’s Leading Cruise Line” at the World Travel Awards for the sixth year in a row in 2018.

About SuperStar Gemini
SuperStar Gemini, at 50,764-grt, is 230m long, 29m wide and its average cruising speed is 18kn. The 13-storey SuperStar Gemini offers 765 cabins with 1,530 lower berths. The full range facilities include 11 restaurants and bars, offering a range of cuisines for all palates, a spacious shopping area, well-equipped health club, spa & beauty salon and many more. The endless entertainment programs onboard, including quality production show and magic shows, guarantee spectacular cruising experience to families, friends and youths.

About “Spider-Man™: Into the Spider-Verse”
From the creative minds behind The Lego Movie and 21 Jump Street, Phil Lord & Christopher Miller, comes Spider-Man™: Into the Spider-Verse, a fresh vision of a different Spider-Man Universe, with a groundbreaking visual style that’s the first of its kind. Spider-Man™: Into the Spider-Verse introduces Brooklyn teen Miles Morales, and the limitless possibilities of the Spider-Verse, where more than one can wear the mask. Directed by Bob Persichetti, Peter Ramsey, and Rodney Rothman from a screenplay by Phil Lord and Rodney Rothman and story by Phil Lord, the producers are Avi Arad, Amy Pascal, Phil Lord & Christopher Miller and Christina Steinberg.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Tentang Program Anugerah 3K & MyDMBS 2018

2018 MTV EMA Winners: See The Full List