in ,

Spotify Digodam, Lebih 300 Ribu Akaun Pengguna Terjejas

Pasukan penyelidik dari VPN Mentor mendedahkan platfom penstriman muzik popular Spotify dipercayai telah digodam dalam bulan Julai 2020 lalu.

Akibatny,a penyelidik mendakwa antara 300,000 hingga 350,000 akaun Spotify terkesan dengan pencerobohan data ini.

Jenis data yang digodam pula termasuklah alamat e-mel, nama pengguna dan kata laluan akaun pengguna.

Susulan itu, penyelidik telah segera menghubungi pihak Spotify bagi memaklumkan penemuan mereka.

Hasil siasatan bersama itu, mereka mendapati penggodaman berlaku menerusi akaun laman pihak ketiga yang kemudian digunakan ke dalam akaun Spotify.

Penyelidik menjelaskan, ia adalah taktik yang biasa digunakan oleh penjenayah siber.

Bertindak atas penemuan tersebut juga, pihak Spotify telah memaklumkan akaun yang terjejas dengan meminta pengguna ‘reset’ semula kata laluan mereka.

Spotify yang merupakan platfom penstriman muzik terbesar di dunia mempunyai pengguna aktif setiap bulan berjumlah 299 juta pengguna.

Namun begitu, platfom ini masih belum menawarkan ciri pengesahan pelbagai faktor kepada penggunanya bagi meningkat ciri keselamatan sedia ada.

Sumber: VPN Mentor

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dulu Kapten Sekarang Pengusaha Restoran, airasia Allstars Ceburi Francais bersama Santan

Pengecas MagSafe Kini Sudah Boleh Dibeli Di Malaysia, Berharga RM179