in , ,

Sony Perkenal Dua Versi Rekaan PlayStation 5 & Permainan Baharu

Pada 11 Jun lalu, Sony Corp memperkenalkan dua versi konsol permainan PlayStation 5 (PS5) dan beberapa permainan baharu dari pentas maya.

Setelah menjadi bualan hangat beberapa bulan lepas, Sony kini telah mendedahkan rekaan konsol permainan PlayStation 5. Perkara ini didedahkan melalui penstriman langsung yang diadakan lewat pagi 11 Jun lalu.

Untuk pengetahuan anda, konsol permainan terbaharu dari Sony ini bakal ditawarkan dengan dua pilihan iaitu PlayStation 5 dan PlayStation 5 Digital Edition.

Sony Perkenal Dua Versi Rekaan PlayStation 5 & Permainan Baharu

Ini kali pertama ia memperkenalkan barisan generasi baharu menjelang pertembungan musim cuti bersama pesaingnya, Xbox keluaran Microsoft Corp.

Bagi versi PlayStation 5, konsol ini mempunyai pemacu cakera Ultra HD Blu-ray. Versi PlayStation 5 Digital Edition pula hadir tanpa pemacu cakera.

Dari segi rekaan, model PS5 diletakkan secara menegak, seperti konsol permainan sebelumnya yang bermula dengan PS2. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada slot untuk peletakan menegak itu adalah sebahagian dari rekaan atau aksesori berasingan.

Pada bahagian hadapan konsol ini, terdapat port USB-A dan USB-C bersama dengan lampu LED biru.

Permainan baharu Spider-Man sedia dilancarkan pada musim cuti, bersama pengenalan konsol hitam-putih.

Sony juga akan memperkenalkan permainan perlumbaan Gran Turismo, di samping versi terlaris terbitan Take-Two Interactive Software Inc, Grand Theft Auto V yang dipertingkatkan untuk PS5 tahun depan.

Versi kedua PS5, dipanggil ‘Digital Edition’, akan dilengkapi pemacu cakera Blu-ray dan menawarkan muat turun sebagai satu-satunya cara membeli permainan baharu.

Langkah ini akan mempercepatkan peralihan kepada muat turun digital selain tidak memerlukan peruncit seperti Amazon.com Inc, GameStop Corp serta Walmart Inc.

‘Digital Edition’ PS5 mempunyai reka bentuk lebih canggih dan dijangka lebih murah berbanding model standard, walaupun Sony tidak mendedahkan maklumat harga.

Saham syarikat hiburan Jepun itu jatuh sehingga 3.9 peratus dalam dagangan awal semalam, penurunan antara hari terbesarnya dalam tempoh lebih dua bulan.

“Kelihatannya warna tema PS5 adalah putih,”

“Saya tidak merasakan ada banyak konsol permainan berwarna putih, berbentuk bujur di penjuru mencatatkan jualan tinggi sebelum ini, justeru Sony mengambil cabaran ini dengan reka bentuk sedemikian.”

– Penganalisis Ace Research Institute, Hideki Yasuda
Sony Perkenal Dua Versi Rekaan PlayStation 5 & Permainan Baharu

Dalam pada itu, Sony turut mendedahkan beberapa aksesori bagi konsol permainan terbaharu ini. Antaranya termasuk alat kawalan DualSense, yang mempunyai fungsi tindak balas haptik dan mikrofon terbina. Terdapat juga Charging Station bagi tujuan pengecasan kedua-dua alat kawalan ini secara serentak.

Sony Perkenal Dua Versi Rekaan PlayStation 5 & Permainan Baharu

Selain itu, Sony turut memperlihatkan aksesori seperti HD Camera yang mungkin akan digunakan untuk pengesanan pergerakan, Pulse 3D Wireless Headset dan Media Remote untuk menggunakan konsol sebagai pemain Blu-ray dan kotak penstriman.

Pada masa ini, Sony masih belum mendedahkan harga yang bakal ditawarkan atau tarikh pelancaran.

Sony turut menampilkan beberapa permainan baharu daripada pelbagai francais profil tinggi, termasuk Resident Evil 8, Demon’s Souls dan sekuel kepada permainan popular PlayStation 4, Horizon Zero Dawn.

Sony Perkenal Dua Versi Rekaan PlayStation 5 & Permainan Baharu
Sony Perkenal Dua Versi Rekaan PlayStation 5 & Permainan Baharu
https://flic.kr/p/2jbiEtx

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Ardell Aryana & Nadzmi Adhwa Menamakan Anaknya Arwa Malaikha Urwa

Anuar Zain Cover Lagu PELUANG KEDUA Buat Nabila Razali Terharu