in

Sokker Koors Semarakkan Sambutan Piala Dunia FIFA 2010

RTM SIAR PROGRAM SOKKER KOORS SEMARAKAN SAMBUTAN PIALA DUNIA FIFA 2010

Berjaya mendapatkan hak eksklusif sebagai penyiar rasmi perlawanan Piala Dunia FIFA 2010, Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang sememangnya sinonim dengan liputan sukan terbaik sama ada dalam mahupun luar negara rancak menyiarkan program-program yang menyemarakkan kemeriahan perlawanan bakal berlangsung di Afrika Selatan bermula 11 Jun hingga 12 Julai 2010 ini.

Justeru bermula 9 April lalu hingga 9 Julai 2010, setiap Jumaat, jam 9.00 malam menerusi TV1, RTM menyiarkan program Sokker Koors yang bertujuan untuk menyemarakkan lagi kejohanan bola sepak Piala Dunia yang bakal berlangsung. Program diterbitkan Unit Sukan TV ini sekaligus bagi mewar-warkan kepada penonton bahawa RTM adalah satu-satunya ‘free to air TV’ yang menjadi penyiar rasmi di Malaysia.

Program 13 episod ini memberikan peluang kepada penonton untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perlawanan-perlawanan serta siaran langsung yang akan diadakan di RTM. Berkonsepkan santai, kepelbagaian bentuk persembahan diadakan dengan menampilkan pelbagai segmen yang menarik menggunakan personaliti sukan dan penyokong-penyokong dari kelab-kelab bola sepak Liga Super dan Premier sebagai tetamu untuk rancangan ini.

Antara segmen yang diketengahkan adalah segmen Susun Paling Tepat, Permainan Tendang Bola yang mengundang tetamu di kalangan atlet OKU dan segmen Soal dan Jawab di antara dua pasukan dengan diadili seorang jurulatih yang dijemput dalam segmen ini. Turut di ketengahkan pengacara bersama penyokong kelab seramai 10 orang akan bertanding untuk memenangi acara Sorakan Terbaik dan Paling Kreatif.

Menariknya rancangan ini bukan sekadar segmen permainan malah melibatkan banyak informasi mengenai Piala Dunia yang akan berlangsung di Afrika Selatan.

Kekuatan program ini juga disumbangkan kemunculan pengacara Fathil Hidayat dan Syarifah Shahirah ditonjolkan kerana kedua-duanya memiliki karektor yang ceria dan mampu menambat hati semua golongan penonton.

Hadiah ditawarkan setiap episod kepada pemenang utama RM 2,000.00 dan hadiah ke-dua RM 1,000.00. Manakala hadiah pertama Kelab Penyokong RM 1,000.00 dan hadiah ke-dua RM 500.00. Masing-masing jumlah wang ditawarkan untuk keseluruhan episod adalah RM 63,000.00.

Pastikan anda sama-sama bersorak dengan RTM dan meluangkan masa menyaksikan Sokker Koors pada setiap Jumaat, jam 9.00 malam menerusi TV1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maria Farida Bintangi Drama Bersiri Rias Mutiara

Pejabat Facebook Sedang Dibina di Malaysia