in

Snapshot Perkenal Single Kau Yang Satu

Kau Yang Satu lagu dan lirik adalah ciptaan Imran sendiri. Telah lama juga Imran ciptakan lagu ini dan diyanyikan pada setiap persembahan mereka secara akustik. Lagu ini telah sebati didalam jiwa mereka.

‘Kau Yang Satu’ dikemaskini menjadi lebih komersial mengikut kehendak pasaran, Arrangement kini bertukar setelah menjalani rakaman di studio. Mengikut jadual asal, lagu yang menjadi single pertama ini lebih awal di keluarkan, kesibukan jadual Snapshot, mencari idea serta komposer yang akan menjadi tulang belakang lagu ini mengambil sedikit masa. Pihak SRC juga tidak mahukan produksi terburu-buru menjalankan kerja rakaman.

Langkah Snapshot seterusnya adalah terus menghasilkan single2 lain sehingga mencukupi sebuah album penuh buat peminat mereka. Telah ada beberapa single yang kini dalam proses pembikinan di studio. Kesemua single yang dihasilkan adalah ciptaan mereka sendiri. Sebelum kerja rakaman bermula, Snapshot akan berbincang bersama komposer terbabit tentang arah atau jalur muzik yang mereka mahukan, dari situ kerja rakaman bermula dan Snapshot sentiasa ada bersama bagi memastikan lagu ciptaan mereka ini dihasilkan mengikut apa yang mereka mahukan.

“Kau Yang Satu” juga telah pun siap dirakamkan dalam muzik video. Peminat Snapshot boleh menyaksikan aksi serta wajah dua anak muda melalui muzik video di laman youtube.

Snapshot

Lirik Lagu Kau Yang Satu – Snapshot

Aku sanggup berdusta dengan dia
Sanggup mendengar segala hinanya,
Asalkan aku dapat bersama dengan mu,
Hidupku tak akan serupa lagi,
Selepas aku gelapkan hatiku
Agar dapat menikmati sewaktu dgn mu,

Cinta yang,
Aku,
Sanggup memberi kepada mu,
hanya sewaktu,

(Chorus)
Benarkan aku untuk bersamamu,
Oh sayangku,
Beriku peluang…
Janganlah engkau menjauhi dirimu,
Dariku,
Kerna kau yang satu..

Semoga rakan baikku tak mengerti,
Perpisahan ku diam diam idamkan,
Supaya aku tidak berasa terlalu kejam,

Siapa sebenarnya dalam hatimu,
Untukku ataupun untuk si dia,
Jangan kau cuba menyangkal perasaanku

Cinta yang,
Aku,
Sanggup memberi kepada mu,
hanya sewaktu,

(Chorus)
Benarkan aku untuk bersamamu,
Oh sayangku,
Beriku peluang…
Janganlah engkau menjauhi dirimu,
Dariku,
Kerna kau yang satu..

Benarkan aku untuk bersamamu,
Oh sayangku,

Woooo Ohhhh,

Janganlah engkau menjauhi dirimu,
Dariku,

Kerna kau yang satu
WOOOO OHHHHH
OHHHH OHHH

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pertandingan Hijabku Gayaku Sunsilk

Kerjasama Maxis & Spotify Beri Nafas Baru Industri Muzik