in

SMASH Bakal Buat Showcase di Malaysia

Salam Sabtu buat semua pembaca,

Pernah dengar nama kumpulan SMASH? Okay hari ni, Budiey nak bawa korang berkenalan dengan mereka ya.

SM*SH atau SMASH merupakan sebuah kumpulan dari Indonesia yang telah ditubuhkan pada tanggal 10 April 2010.

Kumpulan yang menjadikan band-band Korea sebagai inspirasi mereka ini dianggotai oleh barisan 7 orang anak-anak muda yang kacak, iaitu Morgan Oey, Rangga Dewamoela Soekarta, Rafael, Dicky Muhammad Prasetya, Reza Anugrah, Muhammad Ilham Fauzi dan Bisma Karisma.

SMASH

Setelah lebih setahun berkecimpung dalam dunia seni, mereka kemudian tampil dengan album sulung mereka bertajuk “SM*SH”. Album ini mula dipasarkan di Indonesia bermula Julai tahun lalu. Berkat daripada strategi pemasaran yang unik dengan menjadikan “KFC” sebagai pusat jualan album SM*SH, album ini berjaya mencecah jualan 600 000 unit pada Oktober lalu. Pada 23hb Disember yang lalu, kumpulan ini menerima anugerah “1 Million Award” bersempena dengan jumlah jualan album mereka yang telah pun mencecah 1 juta unit dalam tempoh 6 bulan. Hal ini membuktikan betapa SMASH sangat berpengaruh di Indonesia!

Selain daripada berbakat dalam bidang nyanyian dan tarian, anak-anak muda ini juga berbakat dalam bidang lakonan! Sinetron Cinta Cenat Cenut 2 dibintangi oleh kesemua tujuh anggota kumpulan ini! Sinetron ini kini sedang ditayangkan di Astro Indopek.

Dengan hasrat untuk meluaskan empayar taklukan, SMASH kini ingin mencuba nasib mereka di negara kejiranan seperti Malaysia. Walaupun kedengaran seperti kumpulan baru oleh peminat muzik di Malaysia umumnya, kumpulan ini sebenarnya telah mendapat tempat di hati peminat ‘boyband’ tempatan dengan wujudnya SMASH BLAST MALAYSIA! Selari dengan hasrat ini juga, SMASH akan berkunjung ke Malaysia pada pertengahan Mac ini, antara 13hb sehingga 17hb Mac 2011. Pada hari terakhir lawatan mereka ini, SMASH akan mengadakan ‘showcase’ di sekitar Kuala Lumpur, di mana lokasi sebenar akan diumumkan nanti.

Menyentuh perihal single terbaru SMASH, mereka kini tampil dengan single bertajuk “Ada Cinta”. Klip video single ini telah pun disiarkan di laman popular “Youtube” dengan jumlah melebihi 500,000 penonton.

“Ada Cinta” mengisahkan rasa cinta yang menggetar jiwa si teruna. Dengan penggunaan perkataan yang mudah, lirik lagu ini sangat telus menyampaikan perasaan indah yang dirasai si teruna. Perasaan-perasaan yang berbaur apabila ‘cinta’ menguasai jiwa ini dihuraikan lagi melalui penggunaan perkataan-perkataan seperti “resah” dan “malu”.

LIRIK LAGU ADA CINTA

Ada cinta yang ku rasakan
Saat bertatap dalam canda
Ada cinta yang kau getarkan
Saat ku resah dalam harap
Oo indahnya… cinta

Pernah ku ragu akan sikapmu
Tapi mengapa kini semuanya indah
Oo resahnya…

Ada cinta yang ku rasakan
Saat bertatap dalam canda
Ada cinta yang kau getarkan
Saat ku resah dalam harap
Oo indahnya… cinta

Pernah ku malu pada hatiku
Tapi mengapa kini seolah cinta
Telah ku genggam

Tuhan ku inginkan semoga semua ini
Bukan hanya rasa, rasaku saja
Rasaku sendiri…

Ada ada saja dengan apa yg ku rasa
Bergetar di dada buat ku merana
I got the feeling cause you making me smiling
Thinking of you pusing tujuh keliling
Ku merasa ohh ada cinta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Zaryn Min di Anugerah Juara Lagu 25

Get Creative at the Samsung GALAXY Note Studio