in

Skankin Festival 2016 Konsert Reggae & Ska Pertama di Malaysia

Buat julung kalinya, Cartel Production akan membawakan sebuah konsert berkonsepkan reggae dan ska yang pertama di Malaysia iaitu Skankin Festival 2016!

Cartel production, sebuah syarikat produksi baru yang diterajui oleh sekumpulan anak muda berwawasan tinggi menganjurkan Skankin Festival 2016 ini yang bertujuan untuk mempertengahkan muzik bergenre reggae dan ska yang dahulunya dianggap ‘underground’ ke arus perdana.

SEBAHAGIAN ARTIS2 TERLIBAT

Selain itu, penganjuran konsert ini juga bertujuan menjadi salah satu platform bagi anak muda dan pemuzik reggae dan ska berkarya dan mengekspresikan muzik perjuangan mereka melalui persembahan pentas.

Konsert ini bakal diadakan di KL Live Centre, Kuala Lumpur pada 24hb Disember 2016 dari jam 3 petang hingga lewat malam, menampilkan 12 buah band reggae dan ska terkenal di Malaysia. 12 band yang terlibat ialah Salam Musik, Gerhana Ska Cinta, Purevibracion, Republic of Brickfield, Plague of Happiness, Sharpshooter, Skudap Skudip, Wakakukz, Johny Comes Lately, Rosewood, Mbex Firdaus and The Souljah, dan Budak Nakal Hujung Simpang.

Skankin Festival 2016 yang bakal berlangsung tidak lama lagi ini juga merupakan langkah pertama bagi Cartel Production sebelum melebarkan lagi sayap mereka dengan menghasilkan album kompilasi reggae dan ska.

Selain itu, Skankin Festival 2016 ini juga merupakan konsert pengenalan dan menjadi persediaan bagi konsert jelajah yang dijangkakan bermula pada tahun hadapan di seluruh Malaysia, juga di Singapura dan Indonesia.

GIMIK PELANCARAN 1

Konsert yang dijangkakan berlangsung selama lebih enam jam ini bakal mempersembahkan lebih 50 buah lagu dari kesemua 12 buah band.

Tiket-tiket bagi menyaksikan Skankin Festival 2016 ini sudah pun mula dijual dengan harga RM90 bagi 200 tiket early bird dan RM110 bagi tiket biasa serta RM130 bagi tiket VIP. Harga yang cukup berpatutan untuk menikmati lebih 12 buah band selama lebih enam jam!

Tiket-tiket boleh dibeli di Cartel Coffeeshop bertempat di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, di laman web www.skankinfestival.asia, atau menerusi talian 013-2280788/ 018-2711730.

Skankin Festival 2016 ini juga mendapat sokongan Selebriti Online dan Rentak Sejuta sebagai rakan media online.

Laman media sosial:

www.skankinfestival.asia

cartelproduction

@skankinfestival

Gambar sekitar acara berlangsung:

GIMIK PELANCARAN 4

MBEX _ THE SOULJAH

PAK ARU (REPUBLIC OF BRICKFIELDS)

ROSEWOOD

SESI Q_A

GERHANA SKA CINTA - Opening performance

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Estranged Sepenuhnya Vol 1. di Johor

Peraduan Menang Merchandise Filem ROGUE ONE: A STAR WARS STORY