in , ,

Siti Saleha Pelakon Drama 5 Jingga Kekasih Baru Jehan Miskin?

Oh, dulu Budiey ada dengar macam-macam gossip pasal cinta baru Jehan Miskin setelah putus cinta dengan Jue. Ada yang kata, Jehan bercinta dengan Jay Menon la. Tapi semua itu pada Jehan, hanya kawan sahaja. Tapi, Budiey harap kata-kata Jehan tu betullah ya. Jangan buat stok geli-geli sudah la ya. Kita pun kena berprasangka baik kat orang kan.

Tapi masa Budiey pergi sidang media drama terbaru 8TV, 5 Jingga pada hari Selasa lalu, Budiey ada dengar salah seorang pelakon wanita drama ini sedang hangat bercinta dengan Jehan Miskin. Mmm, cinta ini seperti laut jugak kan. Ada pasang surutnya. Orang kata, patah tumbuh hilang berganti.

Nama gadis yang Budiey maksudkan adalah Siti Saleha. Baru sahaja berusia 18 tahun. Dalam drama ini, Siti Saleha memegang watak cheerleader di mana Siti Saleha memang berpengalaman dalam bidang ini sejak di Tingkatan Dua lagi. Baru pertama kali berlakon, Siti Saleha sebenarnya sudah selesa beraksi di depan kamera lantaran pernah membintangi iklan Celcom dan Wrigley’s.

Apakah benar Siti Saleha bercinta dengan Jehan Miskin? Atau sekadar untuk hype drama 5 Jingga? Korang kena tonton drama ini… mungkin Jehan Miskin sekadar bercinta dalam drama ini? atau… hanya cinta lokasi?

Budiey dah tau taste si Jehan ni camana. Huhu!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KAMAL ADLI DUTA HANDYCAM SONY

Sekitar Sidang Media Pelancaran Drama 5 Jingga 8TV