in ,

Siti Saleha Menang Asian Model Sempena Penganjuran Asia Model Festival 2020

Siti Saleha, 30, melakar sejarah peribadi apabila julung kali mendapat pengiktirafan dalam peringkat antarabangsa.

Saleha yang namanya meledak menerusi drama bersiri, 7 Hari Mencintaimu memenangi kategori Asian Model sempena penganjuran Asia Model Festival 2020 yang akan berlangsung di Seoul, Korea Selatan. Mengulas kemenangannya itu, Saleha atau nama lengkapnya, Siti Saleha Mohd Baharum berkata, terkejut sebaik sahaja dimaklumkan oleh pihak penganjur mengenai kemenangannya itu.

Siti Saleha Menang Asian Model Sempena Penganjuran Asia Model Festival 2020

“Saya terkejut apabila dimaklumkan kemenangan ini, minggu lalu. Terus-terang saya tidak tahu-menahu nama saya dicalonkan dalam kategori ini. Secara tiba-tiba, saya dimaklumkan menang.

“Saya membuat sedikit penyelidikan dan mendapati acara anugerah ini dianjurkan bertujuan untuk mengktiraf mereka yang terbabit dalam pelbagai cabang seperti lakonan, peragaan dan sebagainya. Ia mendapat kerjasama Kementerian Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Korea Sealatan.

“Tentunya, saya bangga dan teruja dengan kemenangan ini kerana ia adalah anugerah peringkat antarabangsa pertama yang diterima sepanjang hampir dua dekad dalam dunia seni,”

– Siti Saleha
https://flic.kr/p/2kd7D2U

Saleha menambah, kemenangannya itu juga membuktikan artis Malaysia mampu untuk bersinar di luar negara.

“Untuk anugerah ini, juri yang dilantik adalah penggiat seni tempatan yang cukup profesional dalam bidang masing-masing. Saya dimaklumkan, mereka memilih saya selepas menilai pembabitan saya dalam bidang seni kerana mereka juga memiliki wakil di Malaysia. 

“Secara kebetulan, saya sedang menjalani penggambaran drama bersiri, Black musim kedua untuk siaran Viu Malaysia, ketika ini. Drama ini diadaptasikan dari drama popular Korea. Mereka bangga kerana secara tidak langsung ada pembabitan dari segi budaya dalam hasil kerja seni saya,”

Siti Saleha

Terdahulu, acara anugerah yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Penganjur Asia Model Festival itu pernah menganugerahkan kemenangan yang sama kepada dua selebriti popular, Amber Chia dan Amelia Henderson .

Kakak kepada vokalis kumpulan Bunkface, Sam itu turut dinobatkan pemenang trofi Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33, baru-baru ini.

Tahniah Sally!

*Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

realme Smart TV Dilancarkan di Malaysia dengan Harga Bermula RM899

Adakah Shopee Bakal Perkenalkan Perkhidmatan Makanan ShopeeFood?