in , ,

Siti Nurhaliza Tersenarai Lagi! 500 Individu Muslim Berpengaruh Dunia 2021

Penyanyi tersohor negara, Dato Sri Siti Nurhaliza terus mengharumkan nama negara dan melakar sejarah apabila sekali lagi tersenarai sebagai salah seorang 500 umat Islam paling berpengaruh di dunia.

Dengan rekod tersebut, ia merupakan kali keenam berturut-turut sejak pelantun 7 Nasihat ini disenaraikan pada tahun 2016 dalam kategori seni dan budaya. Bagi edisi 2021 juga menyaksikan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun tersenarai dalam kategori yang sama manakala usahawan popular, Datin Vivy Yusof merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang tersenarai bagi kategori selebriti dan sukan.

Menerusi hantaran di laman Instagram nya, Siti menyifatkan pengiktirafan tersebut adalah sebagai rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah SWT selain turut dibanjiri dengan pelbagai ucapan tahniah di ruangan komen.

Sebagai info, senarai itu telah dikeluarkan oleh The Royal Islamic Strategic Centre, sebuah institusi kajian bebas yang terletak di Jordan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Lama Simpan Rahsia…” Video Elizabeth Tan Pakai Gaun Pengantin Buat Ramai Lelaki Makan Hati

KENDATI Trending, Ini Sebuah Takdir Yang Tertulis Buat Amylea Azizan