in ,

Siti Nurhaliza Terima Anugerah Antarabangsa Malam Rania 2019

PENYANYI tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dipilih bagi menerima Anugerah Antarabangsa Malam Rania 2019 yang bakal berlangsung pada 6 September ini.

Lebih menarik, Siti yang kini muncul dengan single Kasihku Selamanya bakal menerima anugerah itu di hadapan tetamu jemputan terdiri dalam kalangan kerabat Diraja Arab.

Pengerusi Muslim World Rania Award, Dr Raja Laila Rani Raja Mohamad Abdullah berkata, pihaknya teruja apabila Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sendiri yang memilih penyanyi itu bagi menerima anugerah bertaraf antarabangsa itu.

“Rania Award diambil sempena nama Permaisuri kepada Raja Arab iaitu Raja Abdullah.

“Saya teruja apabila pihak OIC keseluruhannya memilih Siti untuk menerima anugerah ini. Siti bukan saja penyanyi kesayangan rakyat Malaysia, malah dia juga adalah ikon wanita.

“Siti sentiasa berimej bersih, pandai membawa diri, menjaga penampilan sebagai muslimah serta usahawan yang berjaya. Jadi pemilihan ini cukup tepat buat Siti,”

– Dr Raja Laila Rani Raja Mohamad Abdullah

Bersempena dengan acara itu, turut diadakan Pameran dan Persidangan Muslim World Biz ke-9 bermula pada 4 hingga 6 September ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.

Dalam pada itu, Muslim World Biz juga membuka peluang buat artis tempatan yang mempunyai produk tersendiri untuk membuka ruang perniagaan.

Antara yang mengambil bahagian adalah Azza Elite, Iesya Toh, Linda Rafar, Diana Rafar, Diana Danielle, Abby Abadi, Yatt Hamzah, Datin Almy Nadia dan ramai lagi.

Fynn Jamal juga antara selebriti yang diundang untuk memberi ceramah di hadapan delegasi luar negara.

Pada majlis itu juga, penyanyi dan aktivis masyarakat, Helmi juga akan membuat persembahan bermesejkan Save Gaza.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kisah Di Sebalik Tirai Besi dalam Drama Bersiri TIRAI KEINSAFAN

Elly Mazlein Tunda Tarikh Nikah Tapi Majlis Tetap GRAND & Meriah