in , ,

Siti Nurhaliza Terbit Konsert Aizat dan Faizal Tahir di Istana Budaya

Dato’ Siti Nurhaliza telah mengumumkan Siti Nurhaliza Productions akan menerbitkan Konsert Satu Suara bersama Simfoni Orkestra Kebangsaan yang menggabungkan penyanyi Aizat dan Faizal Tahir di Istana Budaya pada 12 hingga 14 Februari 2010.

Bagi penyanyi popular ini, Aizat dan Faizal Tahir masing-masing punya bakat, karisma serta peminat sendiri.

Kata Dato’ Siti Nurhaliza:

“Faktor utama yang menarik minat saya memilih Aizat dan Faizal Tahir ialah kerana bakat besar yang mereka miliki. Mereka bukan sahaja penyanyi yang berbakat, malahan boleh bermain alat muzik, mencipta lagu dan memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan.

“Aliran muzik yang diperjuangkan oleh mereka diterima baik oleh peminat muzik tempatan terutamanya golongan muda. Tambahan pula, kemunculan mereka dalam industri seni suara amat memberi impak dan membawa perubahan kepada perkembangan muzik tempatan. Muzik yang dibawa oleh mereka juga segar dan mendapat sambutan yang baik oleh golongan muda hari ini.

“Memandangkan konsert ini bertujuan untuk mempromosikan kempen gagasan 1Malaysia kepada masyarakat terutamanya golongan muda, maka pemilihan Aizat dan Faizal Tahir yang dekat dengan anak muda hari ini amat bersesuaian sekali untuk tujuan ini.”

Siti tetap memberi kebebasan sepenuhnya kepada Aizat dan Faizal Tahir untuk memikirkan konsep dan bentuk persembahan.

Faizal Tahir

Gambar ni masa Aizat perform untuk opening act Konsert Siti Nurhaliza di Istana Budaya

Aizat dan Faizal Tahir dijangka akan menyampaikan lagu-lagu popular masing-masing di samping lagu-lagu penyanyi lain menerusi aksi solo selama 45 minit setiap seorang. Selain persembahan solo, kedua-dua bintang ini juga akan menampilkan beberapa lagu duet bersama.

Adakah Siti juga akan turut menyanyi? Ini masih tidak pasti sama ada Siti akan membuat persembahan atau pun tidak. Namun, dia lebih selesa jika tidak terlibat dengan perjalanan konsert Aizat dan Faizal Tahir itu kerana ingin memberi penghormatan kepada dua bintang ini untuk menyinar sepenuhnya di konsert mereka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Pelancaran Astro B.yond

Suria FM Lancar SURIA FM RANCAK TOUR