in , ,

Siti Nurhaliza Sempoi Buat Slow Mo Lagu Hareudang Bersama Penyampai Hot FM

Melakukan video TikTok bukanlah satu perkara baru buat penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza kerana sebelum ini dia telah melakukan bebebrapa video menggunakan aplikasi tersebut.

Namun, semalam video pergerakan perlahan atau ‘slow motion’ secara manual dibuat oleh pelantun suara 7 Nasihat itu mencuri tumpuan ramai. Video berkenaan dimuat naik menerusi satu posting di akaun Instagramnya malam semalam.

Menerusi video itu, Siti atau mesra disapa Tok Ti melakukan aksi ‘hareudang’  bersama penyampai radio Shuk Sahar, Shuib Sepahtu dan Fizie.

Siti Nurhaliza Sempoi Buat Slow Mo Lagu Hareudang Bersama Penyampai Hot FM

Menerusi ruang komen, rata-ratanya terkejut apabila Tok Ti begitu sporting melakukan gaya tersebut memandangkan ia selalunya dilakukan oleh golongan muda atau popular dengan jolokan Budak Baru Nak Up (BBNU). 

Anda boleh lihat video comel tersebut di bawah.

Untuk rekod, lagu Hareudang yang dinyanyikan oleh kumpulan pasukan Perang itu menjadi viral apabila ia kerap digunakan untuk video Tik Tok.

Gaya ‘slow motion’ yang dilakukan secara manual pula mula menjadi ikutkan selepas ia dilakukan oleh pemuda dikenali sebagai Coki & Budak 46.

Sumber: Astro Gempak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Panggung RTM Siar Telemovie PENGANTIN DARI SEMANTAN

Akhirnya Sharifah Sakinah Dedah Punca Bercerai Dengan Suami