in

Siti Nurhaliza Sambut Tahun Baru di The Float Marina Bay

CELEBRATE 2012 with Mediacorp Channel 5|

Semasa Budiey hadir di Sidang Media SimpySiti Di Hati bulan lalu, Budiey ada terdengar dari mulut penyanyi popular Dato’ Siti Nurhaliza yang mana beliau akan menyambut Tahun Baru 2012 di Singapura. Siti katanya akan bertolak ke Singapura selepas menjadi juri di Maharaja Lawak Akhir pada 30 Disember.

Pada malam ini, Budiey menerima info dari seorang peminat Siti Nurhaliza dari Singapura yang mengesahkan berita tersebut.

Paling bestnya, Siti Nurhaliza akan perform dan menyambut bersama peminatnya di Pentas Terapung Terbesar Dunia; The Float@Marina Bay, Singapura. Wow, best tu!

Siti Nurhaliza bakal menyampaikan 7 buah lagu dari album inggeris beliau ‘All Your Love’. Barisan artis lain termasuk Idola Singapura – Sezairi Sezali dan Sylvia Ratonel, Sheikh Haikel, Nat Ho dan Inch Chua.

Malam Tahun baru ini menjanjikan hiburan yang terbaik diiringi dengan lebih banyak muzik hits. Acara ini akan dihoskan oleh selebriti terkenal Gurmit Singh, Michelle Chia dan Dj radio 987FM Divian & Jacqui.

Apabila jam berdetik 12 tengah malam, pengunjung akan menikmati muzik di segmen muzik Top 40 hits, Electro, dance, hip-Hop, R&B, Pop dan House Beats yang dikendalikan oleh DJ Thryce and DJ Vault

Untuk pembaca dari Singapura, jika nak tengok persembahan ini, bolehlah mendapatkan tiket masuk berharga S$25 di kaunter Sistic. Siti Nurhaliza bakal membuat persembahan mulai jam 10 malam. Tiada siaran langsung semasa Siti membuat persembahan.

Siti Nurhaliza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Koncert Jessie J Live In Malaysia

Astro Lancar NJOI TV Satelit Malaysia Percuma Pertama