in , , ,

Siti Nurhaliza Jawab 7 Soalan Tentang Kehamilan Kali Ke-2

Pengumuman berita gembira yang dinanti-nantikan telah pun dibuat oleh penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza apabila beliau kini sedang hamil kali kedua.

Siti Nurhaliza, 41, bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa mengumumkan kandungannya kini berusia empat bulan lebih ketika satu sidang media dan pelancaran BeauSiti X Wonderlab menerusi aplikasi Zoom petang tadi.

Kehamilan kedua itu berjaya melalui proses rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) selepas Siti selamat melahirkan anak pertamnya, Siti Aafiyah dua tahun lalu.

Berikut merupakan 7 soal jawab media bersama Siti mengenai kehamilannya kali ini.

#1 Apa perasaan ketika mula-mula mendapat tahu hamil kali kedua?

“Syukur sangat bila dapat tahu saya hamil sekali lagi, hanya Allah sahaja tahu bagaimana perasaan saya. Sebenarnya saya tertanya-tanya juga, adakah Allah akan berikan lagi saya zuriat selepas saya temui banyak kegagalan ketika melakukan proses IVF sebelum mendapatkan Aafiyah. Namun ternyata Allah terlalu baik dan saya diberi peluang hamil lagi,”

#2 Bagaimana proses IVF kali ini?

“Saya memang berserah kepada Allah sahaja untuk proses IVF kali ini. Tapi bila sudah mula proses IVF saya memang bersedia untuk berehat, lebih-lebih lagi dengan pandemik sekarang ni saya lebih selesa berehat di rumah. Setakat ini proses kehamilan saya berjalan lancar dan saya tiada masalah seperti pendarahan macam pernah berlaku ketika saya hamilkan Aafiyah dulu,”

#3 Adakah Siti bimbang apabila hamil ketika pandemik Covid-19?

“Saya akui agak bimbang juga hamil ketika ini kerana wanita hamil antara yang berisiko tinggi untuk terdedah kepada banyak penyakit. Sebetulnya saya dijadualkan membuat proses IVF lebih awal tetapi ketika itu Covid-19 baru sahaja merebak dan kesnya membimbangkan. Jadi kami lewatkan sehingga kes ketika itu sudah agak reda. Pun begitu saya kini amat berjaga-jaga dan tidak akan keluar rumah jika tidak ada kepentingan,”

#4 Mengapa mengambil masa di usia ke empat bulan untuk mengumumkan berita kehamilan?

“Seperti ketika hamilkan Aafiyah dahulu, saya pegang dengan nasihat dari seorang ustaz yang menasihati saya untuk mencukupkan usia kandungan empat bulan sebelum beritahu kepada umum kerana dipercayai ia sudah ditiupkan roh di dalamnya,”

#5 Bagaimana reaksi Aafiyah apabila mendapat tahu dia bakal menjadi seorang kakak?

“Ketika mula-mula cerita padanya dia sangat teruja. Nak kata faham atau tak itu tak pasti tapi bila kita kata ada baby dalam perut saya, dia selalu datang cium perut saya,”

#6 Cabaran hamil kali ini?

“Apa yang pasti saya lebih penat untuk kehamilan kali ini, mungkin juga faktor usia kerana saya akan mencecah 42 tahun pada tahun depan. Selain itu, kali ini saya perasan saya lebih emosi dan mudah menangis lebih-lebih lagi jika menonton drama sedih atau membaca kisah-kisah sedih di laman sosial,”

#7 Bila jangkaan bersalin?

“Insya-Allah saya dijangka bersalin pada April tahun hadapan,”

*Sumber: Astro Gempak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama BIAR MEREKA CEMBURU Gandingan Kali Pertama Nabila Razali & Aiman Hakim Ridza

Karnival Usahawan Desa KUD 2020 Diadakan Secara Dalam Talian Tiga Hari Berturut