in , ,

Siti Nurhaliza Buka Tirai 2021 dengan Melancar Video Muzik TAKHTA DUNIA

2020 meninggalkan seribu satu kenangan manis buat penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza atas beberapa pencapaian dan anugerah yang diperoleh termasuk kejayaan album ManifestaSITI2020.

Di antara kejayaan yang beliau capai ialah Artis Paling Banyak Distrim di platform Spotify dan JOOX, 100 Asia Digital Star, Most Admired Women 2020, 500 Influential Muslim 2021, Nona Homegrown Award dan Individu Tergempak (Astro Gempak).

Selain itu, dua buah lagu dari album ManifestaSITI2020 iaitu 7 Nasihat dan Aku Bidadari Syurgamu layak ke pertandingan akhir Juara Lagu. Terbaharu, video muzik ke-7 dari album tersebut, Kuasa Cintamu, telah mendapat lebih 2 juta tontonan.

Sebagai pembuka tahun baharu 2021, sebuah lagi video muzik daripada penyanyi ini akan dilancarkan iaitu Takhta Dunia. Lagu dan lirik Takhta Dunia merupakan ciptaan  komposer terkenal Indonesia, Ryan Kyoto.

Lagu ini mempunyai keunikan tersendiri dari segi melodi dan cara penyampaian Dato’ Sri Siti Nurhaliza namun intipati lirik yang dihasilkan sangat memberi makna. Bersesuaian dengan maksud liriknya, video muzik kali ini digarap istimewa dengan elemen minimalis teater muzikal. 

Pengarahnya, Azhar dari Rasa Film telah menonjolkan peranan penari serta pelakon sebagai medium penyampai mesej teguran secara simbolik.

Siti Nurhaliza Buka Tirai 2021 dengan Melancar Video Muzik TAKHTA DUNIA

Sebagai contoh, Azhar menterjemahkan mesej simbolik menerusi lakonan menggunakan telefon bimbit dan pelekap mulut yang membawa maksud, jasad  terperangkap di zaman lampau namun kelakuan tetap wujud pada zaman sekarang.

Video muzik ini berlatarbelakangkan tahun 1970-an di sebuah stesen keretapi yang dinamakan Lipis Sentral. Lokasi penggambaran diadakan di ruang pameran luar Muzium Sultan Alam Shah yang menempatkan kepala dan gerabak keretapi lama.

Bagi mengupas lirik lagu ini, Takhta Dunia sarat nilai moral kerana mengingatkan supaya setiap orang bersikap baik, menjauhi hasad dengki serta menjaga tutur kata. Apabila ini menjadi amalan, hati seseorang akan bersih dan tidak tercela.

Visual lakonan di dalam video muzik ke-8 menerusi album ManifestaSITI2020  ini banyak mengaitkan isu semasa masyarakat iaitu vandalism, berebut kerusi atau tidak bertolak ansur di dalam pengangkutan awam, buli siber dan juga mencopet atau mencuri.

Siti Nurhaliza Buka Tirai 2021 dengan Melancar Video Muzik TAKHTA DUNIA

Dato’ Sri Siti Nurhaliza menyifatkan video muzik Takhta Dunia sebagai pembuka tahun baharu dengan memberi mesej yang baik kepada masyarakat. Menurut beliau, seiring dengan kemodenan dan perkembangan dunia hari ini, setiap individu tidak harus hilang nilai baik atau adab.

“Sebagai seorang penyanyi, saya bertanggungjawab mengenengahkan mesej yang baik menerusi lagu. Sesuai usia, semakin dewasa dan matang, saya harus menghidangkan karya yang bukan sahaja memberikan hiburan tetapi kesedaran,”

– Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Sambungnya lagi, penggambaran video muzik Takhta Dunia terbitan Universal Music Sdn.Bhd dan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd. merupakan di antara kerja terakhir beliau sebelum berehat untuk memberi fokus kepada persediaan kehamilan.

Beliau telah berbincang dengan pihak Rasa Film untuk tampil menggayakan imej wanita era 70-an bagi memberikan kelainan di dalam setiap video muzik yang pernah dihasilkan. Dato’ Sri Siti Nurhaliza menggunakan khidmat pereka Rizman Ruzaini dan jurusolek Ahma Dhani bagi imej tersebut.

Video muzik rasmi Takhta Dunia boleh dilayari di saluran youtube Siti Nurhaliza bermula 8 Januari 2021, tepat jam 9 malam.

Album ManifestaSITI juga boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan Deezer sejak 3 Julai 2020.

CD album ManifestaSITI2020 boleh dilanggan dalam talian di snp.onpay.my.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Netizen Tanya Kenapa Siti Nurhaliza Tak Balik Kampung Bantu Mangsa Banjir, Ini Jawapan Balas

Tahniah! Rozita Che Wan Dilantik Jadi Duta Produk Mylea