in , ,

Siti Nurhaliza Bakal Lancar Album Berjudul ManifestaSITI 2020 Pada 3 Julai Ini

Rata-rata peminat penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza sudah tak sabar menantikan tarikh 3 Julai ini di mana beliau akan melancarkan album terbaharu berjudul MANIFESTASITI 2020.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan bakal melancarkan album terbarunya berjudul ManifestaSITI2020 pada 3 Julai 2020 ini.

Menurut Datuk Siti, album tersebut adalah simbolik yang merujuk kepada idea, pemikiran dan pendirian yang ingin dizahirkan olehnya.

“Pendirian yang dinyatakan. Keinginan yang dizahirkan.

“Album terbaharu @CTNurhaliza11

3 Julai 2020 #ManifestaSITI2020,”

– Siti Nurhaliza

Pengumuman tersebut turut disertakan dengan video teaser yang berdurasi 14 saat dan difahamkan ia sudah dimuat naik di seluruh digital platform penyanyi tersohor itu.

Sebaik sahaja pengumuman tersebut dibuat, rata-rata peminat teruja tak tidak sabar untuk menunggu tanggal 3 Julai nanti.

Pada masa sama, mereka juga mendoakan semoga album terbaru penyanyi lagu 7 Nasihat ini akan sukses seperti album-album sebelumnya.

Untuk rekod, kali terakhir Siti menghasilkan album adalah pada tahun 2017 lalu, menerusi SimetriSiti.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Negeri Selangor Jadi Hub Sukan Golf Premier & Utama Di Malaysia

BTS Lancar Single STAY GOLD Untuk Pasaran Jepun