in

Siri Realiti Fantasia For Real di 8TV

SIRI REALITI PENUH DRAMA

HANYA DI 8TV!

TARIKH SIARAN: 30 DISEMBER 2010
HARI: KHAMIS
MASA: 9.30 MALAM
EPISODE: 9
BAHASA: INGGERIS

Siri realiti televisyen sememangnya menjadi pilihan penonton. Semakin banyak produksi-produksi dan stesen televisyen berlumba-lumba menerbitkan program realiti dan 8TV kali ini akan membawakan siri realiti terbaru tentang seorang bintang realiti yang juga pemenang American Idol – Fantasia Barrino!

Fantasia For Real akan memaparkan kehidupan Fantasia yang cuba memperbaiki karier seni beliau di samping mencari keseimbangan antara kerjaya dan keluarga. Fantasia mula dikenali menerusi siri televisyen American Idol. Bakat dan vokal unik Fantasia telah membuka mata banyak pihak sekaligus menjadikan beliau juara untuk program ini bagi musim ke-3!

fantasia

Kehidupan sebagai seorang selebriti sememangnya diidam ramai namun tidak semuanya indah apabila anda bergelar selebriti. Segala tindak-tanduk anda sentiasa diperhatikan dan anda juga kehilangan hak dan privasi. Kehidupan lepas anda juga bakal dikorek oleh media dan tidak terkecuali dengan Fantasia. Fantasia For Real bakal menghidangkan realiti sebenar kehidupan Fantasia Barrino sebagai anak seni!

Seperti selebriti-selebriti lain, Fantasia juga mempunyai rumah mewah di North Carolina dan kereta mewah serta kerjaya yang diidamkan ramai orang. Namun berbeza dengan selebriti yang lain, Fantasia tinggal dan perlu menanggung kehidupan enam ahli keluarga beliau yang lain. Teeny, adik lelaki Fantasia sentiasa mengambil kesempatan atas kemewahan Fantasia dan gemar membelanjakan wang Fantasia tanpa rasa segan silu. Siri ini juga memaparkan kehidupan Fantasia sebagai penyanyi, pelakon dan seorang ibu tunggal!

“Siri ini secara kasarnya mengisahkan kehidupan seorang ibu tunggal yang berusaha untuk memberi yang terbaik untuk keluarga dan pada waktu yang sama cuba mengimbangi dan memperbaiki kerjaya beliau. Siri ini pastinya memberi inspirasi kepada semua penonton!” kata Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV. Kim menambah “Selain itu kehidupan peribadi selebriti sentiasa menjadi perhatian dan rancangan realiti seperti ini sememangnya diminati ramai.”

Hari-hari biasa Fantasia tidak lengkap tanpa sebarang gangguan dan kekecohan! Kehidupan Fantasia diibaratkan seperti ‘rollercoaster’ – dari masalah adik lelaki beliau yang kurang bertanggungjawab, proses rakaman album baru sehinggalah kepada kehidupan sebagai ibu tunggal, Fantasia For Real menjanjikan ‘drama’ yang tidak anda dapat dalam siri realiti lain!

Saksikan kehidupan Fantasia Barrino dalam siri realiti terbaru Fantasia For Real yang akan menemui penonton setiap Khamis jam 9.30 malam, bermula 30 November 2010 eksklusif di 8TV!

Anda juga boleh menonton 8TV di saluran 708 Astro. Program-program 8TV boleh juga ditonton menerusi online di lama sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my. Jika anda terlalu sibuk dengan urusan harian, anda masih boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SelebriTweets.com Pusat Twitter Selebriti Malaysia

Penjelajahan Homesray dalam Program Keliling Kampung