in

Siri Jelajah Jed Madela & Nikki

MUZIKON MELANCARKAN LAGU DUET ASEAN KETIGA YANG MENAMPILKAN JED MADELA AND NIKKI

MUZIKON, sebuah label muzik yang berpusat di Malaysia melancarkan duet Asia ketiga, “Antara Kita” dan siri jelajah Jed Madela dan Nikki.

Richard Voon, Pengarah Pengurusan MUZIKON berkata, “Sejak pelancaran label ini tahun lepas, kita telah mengeluarkan lagu, “Anugerah Cinta” duet Noryn Aziz dan Christian Bautista di Malaysia dan “Hanggang Wakas” oleh Hazami dan Kyla di Filipina. “Hanggang Wakas” merupakan adaptasi lagu Bahasa Malaysia, “Tekad” yang dicipta oleh Hazami dan dinyanyikan semula dalam bahasa Tagalog bersama Kyla. Lagu ini telah dilancarkan di Fiilipina pada bulan November 2010 dan dalam masa hanya dua minggu telah mencapai No.1 di carta radio Filipina. Dengan duet ketiga, “Antara Kita” yang mengabungkan Jed Madela dan Nikki, kita teruskan misi untuk mempromosikan artis dan lagu Malaysia di ASEAN”.

Autograph Poster

Projek ini juga merupakan gabungan kali pertama buat Jed Madela dan Nikki Palikat, yang dikenali dengan suara lantangnya dan merupakan finalis Top 6 Malaysian Idol Season 1.

Nikki telah dianugerah Artis Wanita Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2006 dan dinobatkan sebagai Vokal Kumpulan/Duo Terpilih di Anugerah Era 2001. “Hasil daripada duet antarabangsa pertama ini telah melebihi jangkaan dan saya tidak mahu melepaskan peluang untuk membuat persembahan bersama seorang artis yang begitu mantap dan berkebolehan seperti Jed Madela. “Antara Kita” merupakan karya asal Filipina “Kailangan Kita” oleh Ogie Alcasid, yang saya difahamkan adalah sebuah lagu yang begitu popular dan ia telah pun dinyanyikan semula oleh ramai artis ternama di Filipina. Saya pilih lagu ini kerana walaupun saya tidak memahami liriknya ia terus berjaya menyentuh perasaan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada MUZIKON yang telah memberi saya pengalaman yang cukup bermakna ini, kepada Sharon Paul untuk susunan muzik yang begitu indah dan Fedtri Yahya yang telah mengilhamkan lirik Bahasa Malaysia.” Kata Nikki.

Jed Madela menambahkan, “ Walaupun saya telah lama berkecimpung dalam bidang nyanyian , ini merupakan duet Bahasa Malaysia pertama dan keselesaan menyanyi bersama Nikki telah menyenangkan kerja saya. Dia amat professional dan caranya yang cukup senang dan bersahaja telah melancarkan proses rakaman. Konsep yang memberi kita peluang untuk menyanyi lagu-lagu diantara negara-negara Asean dalam bahasa berlainan adalah amat hebat. Kita hanya dapat gambarkan magik yang dicipta apabila kita mendengar gubahan yang lengkap. Peluang berkerjasama dangan penulis lirik, pemuzik dan artis Malaysia yang sungguh berbakat dan professional adalah satu penghormatan besar bagi diri saya. Saya ingin membalas peluang yang diberikan kepada saya dengan memilih sebuah lagu Bahasa Malaysia yang akan di nyanyikan dengan Nikki dalam bahasa tagalog untuk pasaran Negara Filipina dalam masa terdekat.

Jed sering dikenali sebagai “TheVoice” dan “The Singer’s Singer” oleh media. Jed telah menyerlah di 2005 World Championships of the Performing Arts (WCOPA) di Hollywood California di mana dia telah meraih 6 pingat emas untuk kesemua 6 category yang dipertanding dan juga menjadi artis Filipina pertama dinobatkan gelaran terunggul, “Grand Champion Performer of the World” di pertandingan yang sama.

Siri Jelajah Jed Madela dan Nikki akan berada di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Tawau. Peminat-peminat akan dapat menonton persembahan duet Jed dan Nikki secara “Live”, sesi autograf dan berpeluang untuk memenangi sesi makan malam bersama kedua-dua artis di lokasi tersebut. Album Jed Madela “Between Us”, yang juga mengandungi lagu duet bersama Nikki, boleh didapati secara eksklusif di semua kedai muzik Rock Corner.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Apa Dengan Durian Lakonan Fizo Omar

Jemputan Pembaca Ke Universal Night & Showcase 2011