in , , ,

Suntikan Magis Malique Menerusi Lagu Terbaharu Siqma Berjudul DIPINGGIRKAN

Pernah diberi gelaran The New Malique, penyanyi rap baharu, Siqma atau nama sebenarnya, Rahmat Zulhilmi Abdul Razak, 27, berkesempatan menyanyikan sendiri lagu terbaharu nukilan Malique Ibrahim berjudul DIPINGGIRKAN.

Sejak muncul di persana seni pada tahun 1998, Malique menjadi antara pemain utama dalam sejarah ledakan genre Hip Hop di arena muzik tempatan. Karya-karya dendangan dan ciptaannya berjaya memartabatkan genre Hip Hop dalam muzik arus perdana Malaysia.

Penyanyi rap dan komposer tersohor ini bukan calang-calang orangnya. Sejak muncul di persana seni pada tahun 1998, Malique Ibrahim menjadi antara pemain utama dalam sejarah ledakan genre Hip Hop di arena muzik tempatan.

Karya-karya dendangan dan ciptaannya berjaya memartabatkan genre Hip Hop dalam muzik arus perdana Malaysia. Hampir 22 tahun bergelumang dalam industri seni, kematangan Malique berkarya tidak boleh disangkalkan lagi.

malique
Malique

Berfalsafah menerusi lagu dengan gaya bahasa yang tinggi, Malique mempelopori gaya muzik Hip Hop bercitarasa tempatan yang disebut sebagai ritma atas puisi. Diangkat peminat sebagai naskhah kesusasteraan Melayu moden, karya nukilan Malique sering menjadi perhatian pencinta seni dan dinanti-nantikan kemunculannya.

Berita gembira buat peminat seniman genius ini, Malique bakal muncul dengan hasil nukilan terbaharunya berjudul DIPINGGIRKAN pada hari Jumaat, 20 November 2020.

DIPINGGIRKAN berkisar tentang seseorang yang hampir berputus asa dan merasakan seperti dipinggirkan dunia. Namun setelah melalui segala kesusahan dalam kehidupan, semangatnya mula bangkit apabila dia baharu sedar yang dalam setiap perjalanan kehidupannya, ada sesuatu atau seseorang yang akan hadir untuk menemani dan menyokongnya.

siqma

Single terbitan Universal Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 20 NOVEMBER 2020

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Faizal Tahir, Elly Mazlein & Zizi Kirana Suntik Nafas Baru Untuk Lagu 4 DARA

PICOGRAM & AGREM (M) Sdn Bhd Bekerjasama Mewujudkan Peluang Pekerjaan