in

Sinopsis Majalah 3 Misi Mencari dan Menyelamat

Sinopsis Majalah 3 (Misi Mencari dan Menyelamat)

Paparan perspektif minggu ini adalah hasil kerjasama di antara Eurocopter Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM).

Eurocopter Malaysia, yang menaja segmen Perspektif minggu ini,  adalah satu-satunya pengeluar helicopter yang dilengkapi dengan pusat penyelenggaraan, pembaikan dan perkhidmatan baik pulih (MRO) yang komprehensif di Malaysia dan diperbadankan sejak 2002.

Buat julung kalinya, pengacara dan wartawan Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin turut sama merasai bagaimana perasaan seseorang mangsa bot karam bersendirian di tengah lautan tanpa sempadan.

Kepantasan anggota APMM mengadakan misi mencari dan menyelamat sememangnya di kagumi. Penggunaan Helicopter Eurocopter Dauphin AS365N3 mempercepatkan lagi usaha membantu mangsa bukan sahaja di waktu siang, malah kecanggihan helicopter terbabit beserta wargakerjanya, turut dapat mencari mangsa di waktu malam.

Memang tidak dinafikan, sebelum penggambaran di”campak” ke tengah laut di perairan Pulau Ketam, Pelabuhan Klang, Selangor, Nurul Syuhada kelihatan cemas dan ragu-ragu.

Bagaimanapun atas sokongan dan galakan semangat dari krew Majalah 3 di ketuai Penerbit Eksekutifnya Mazlin Nordin dan jaminan wargakerja APMM atas keselamatannya ternyata Nurul Syuhada tidak mengalami sebarang masalah sepanjang penggambaran yang membabitkan misi menyelamat dengan bot dan helikopter tetapi Nurul tertelan air masin yang agak banyak juga…

Manakala ketika penggambaran di Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia di Lumut, Nurul Syuhada turut sama menganggotai Pasukan Khas Tentera Laut (Paskal) melakukan beberapa aksi cemas dan mendebarkan antaranya dengan tergantung di atas Helicopter jenis Fennec melintasi laut.

Hanya dengan latihan asas yang ringkas, pengacara serba boleh ini dapat melakukan pelbagai aksi dengan tunjukajar anggota TLDM.

Jangan lupa saksikan segmen khas Perspektif tajaan Eurocopter Malaysia selama setengah jam Sabtu ini jam 9 malam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maya Karin Pengacara Baru Nona TV3

Eira Syazira Pegang Watak Issandra, Gadis Teraniaya Dalam Drama Bersiri di TV2