in ,

Jom Tonton Trailer & Baca Sinopsis Filem MY STUPID BOSS

Selamat hari Rabu kepada semua pembaca, yeah! 8 hari lagi… Kita semua dah boleh tonton MY STUPID BOSS di pawagam seluruh Malaysia. Yeah, Budiey tak sabar! Jom Movie Day Out nonton ramai-ramai nonton movie ni yok!

[pullquote align=”right”]Untuk info korang semua, filem ini diangkat daripada empat siri novel paling laris di Indonesia dan berkisar mengenai kehidupan realiti yang dilalui pekerja ketika berdepan dengan majikan.[/pullquote]

Filem ini bukan sekadar memaparkan kehidupan harian masyarakat yang menghabiskan masa di pejabat kerana tuntutan kerja, filem My Stupid Boss terbitan produksi Indonesia, Falcon Pictures (FC) menitikberatkan usaha dalam menyatukan dan mengeratkan hubungan antara dua negara serumpun.

Karya yang diangkat daripada empat siri novel paling laris di republik itu menggunakan judul yang sama berkisar mengenai kehidupan realiti yang dilalui mana-mana pekerja ketika berhadapan dengan majikannya setiap hari.

Filem yang mengambil latar sebenar seperti novel tulisan Chaos@work yang berlaku di Kuala Lumpur itu menjadi percubaan pertama kerjasama produksi FC yang pernah menerbitkan filem pecah panggung di negara seberang iaitu Laskar Pelangi, Comic 8 dan Comic 8: Casino Kings memperluaskan pasaran filem ke negara ini.

My Stupid Boss bakal menjengah pawagam seluruh tanah air bermula 19 Mei nanti.

MY STUPID BOSS

Fakta Yang Korang Kena Tahu Tentang Filem My Stupid Boss

Based On True Story By Chaos@Work Writer & Director : Upi

Cast : Bunga Citra Lestari, Reza Rahadian, Alex Abbad, Bront Palarae, Chew Kinwah, Atikah Suhaime, Iskandar Zulkarnain

Special Appearance: Nadiya Nisaa, Shamaine Otman, Sherry Alhadad

Genre: Comedy

Duration: 100 Minutes Produced By: Falcon Pictures Distributed By: Skop Productions Sdn Bhd

Synopsis In Bahasa:

[dropcap]M[/dropcap]engisahkan Diana lakonan Bunga Citra Lestari yang harus mengikuti suaminya, (Alex Abbad) berpindah dan bekerja di negera jiran iaitu Malaysia. Di sana, Diana terpaksa mencari pekerjaan untuk menampung kehidupan mereka dan bekerja di sebuah pejabat yang memiliki pekerja dari pelbagai negara.

Konflik berlaku apabila Diana terpaksa berhadapan dengan majikannya, Bossman yang juga berasal dari Indonesia (Reza Rahadian). Bossman memiliki tingkah laku yang pelik tetapi karakternya melucukan. Bossman memiliki prinsip yang luar biasa, berbeza dengan majikan lain. Di pejabatnya, tiada peraturan dan sistem yang jelas dalam pengurusan syarikat membuatkan urusan harian menjadi huru-hara.

Bossman mempertahankan prinsip tersendiri iaitu ‘Bossman Always Right’. Setiap keinginannya harus dituruti semua pekerjanya. Di situ, Diana mula mengenali rakan setugasnya iaitu Norahsikin lakonan Atikah Suhaimie, Adrian (Bront Palarae), Azhari (Iskandar Zulkarnain) dan Mr.Kho (Kinwah Chew) yang banyak memberi nasihat untuk berhadapan dengan Bossman.

Synopsis In English:

My Stupid Boss Recounts The Story Of An Absurd Boss And His Employees. Bossman (Reza Rahadian) Is An Indonesian Who Owns A Company In Kuala Lumpur. A Large But Disorganized Company. The Culprit For The Disarray In The Organization Is The Bossman Himself. His First Principle Of Management Is That Bossman Is Always Right. Which Means Whatever The Bossman Fancies, He’ll Get It Done. And That Is His Following Principle: Impossible We Do Miracle We Try. In The Midst Of This Is Diana, The Bossman’s Secretary, Who Has To Juggle At Every Turn With The Odds That Never Seem To Add Up In The Company. Diana’s Daily Confronted With Her Boss’s Antics And Her Patience And Good Sense Are All Put To The Test.

MY STUPID BOSS

MY STUPID BOSS

MY STUPID BOSS

MY STUPID BOSS

MY STUPID BOSS

MY STUPID BOSS

MY STUPID BOSS

MY STUPID BOSS

MY STUPID BOSS

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Filem HIGH STRUNG

Jom Travel: Apa Yang Menarik di Temple Tree Langkawi?