in ,

Sinopsis Filem Jwanita

Filem-filem arahan Osman Ali selalunya tak pernah mengecewakan. Idea-ideanya selalu sahaja dianggap sesuatu yang ‘in’ dan ohsem.

Biasanya, setiap filem pasti akan ada kekurangan dan Osman Ali sentiasa mahu memperbaiki kelemahannya dalam menghasilkan filem.

Kejayaan filem Ombak Rindu sebenarnya telah memberikan impak yang cukup besar untuk nama Osman Ali sehingga melayakkan dirinya menjadi pemenang Pengarah Terbaik 2011 untuk Filem Cun.

Jwanita poster

Pada hari ini, sebuah lagi filem arahan Osman Ali bakal dihasilkan. Budiey tertarik dengan barisan pelakon filem kerana ia mempertaruhkan nasib pengacara yang pernah tampil dalam Carta Blockbuster. Kemudian, namanya ngetop dalam drama – Dia tidak lain dan tak bukan ialah Christina Suzanne.

Tahniah buat Christina Suzanne kerana terpilih untuk berlakon dalam filem karya terbaru Osman Ali yang berjudul JWANITA. Akhirnya, tercapa jugala impian peminat Chris nak tengok dia berlakon filem.

Semasa Majlis Pelancaran Filem JWANITA, bukan sahaja Christina Suzanne je yang datang, tapi ada beberapa lagi pelakon yang Budiey rasa memang hebat. Antaranya ialah Maya Karin yang katanya baru balik dari Ukraine, Bront Paralea yang tampil dengan gaya smart kasual, Marsha yang dengarnya akan muncul dengan single terbaru berjudul Kepastian Cinta yang dicipta oleh Ajai dan beberapa lagi pelakon lain.

Jwanita sebenarnya tajuk yang masih belum disahkan lagi. Hanya dijadikan working title sahaja. Kali ini ia mempertaruhkan genre seram, suspen thriller yang digarap dengan konsep yang moden.

Jwanita adalah filem ke-3 arahan Osman Ali di bawah kerjasama dengan Nuansa selepas filem Cun dan Jiwa Taiko.

Filem ini adalah filem pertama antara Nuansa Sdn Bhd yang diterajui oleh Julian Jaya seela dan Ehsan Production Sdn Bhd dengan kos perbelanjaan sebanyak RM1.5juta.

Filem ini mendapat penajaan dari Yeos, Kopi Hang Tuah dan Paradiso Cafe.

Jwanita poster

Sinopsis Filem Jwanita:
Filem ini mengisahkan seorang gadis bernama Jwanita lakonan Maya Karin yang mengalami masalah mental yang serius akibat kisah silamnya yang sering didera secara mental dan fizikal oleh ibu dan bapa angkatnya yang mengamalkan ilmu hitam.

Sinar harapan mula muncul dalam hidupnya selepas Jwanita bertemu dengan Farhan lakonan Bront Paralea yang bekerja sebagai doktor yang merawatnya selepas dia membunuh kedua ibu bapa angkatnya.

Namun, segalanya musnah apabila Farhan yang dicintainya merupakan tunang kepada adik kandungnya sendiri iaitu Julaika yang ternyata lebih bernasib baik darinya. Selepas menghilangkan diri pada hari perkahwinan Farhan dan Julaika, Jwanita muncul semula.

Jwanita kembali dengan perwatakannya yang jauh berbeza, namun dengan azam dan dendam durjana.

Pergh! dendam durjana tu yang tak tahan. Takut lak baca sinopsis ni, gerun gak bila Maya Karin diberi tugas untuk membawakan watak Jwanita yang rasanya sangat psiko.

Jwanita

Christina Suzanne sebagai Julaika, adik kepada Jwanita.

Jwanita poster

Jwanita

Bront Paralea sebagai Farhan

Jwanita

Marsha Milan Londoh

Jwanita

Jwanita

Jwanita

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Maya Karin di Pelancaran Filem JWANITA

Fourplay Presents Chris Brown Fortune Nite With Goldfish