in ,

Sinopsis Filem Blood Brothers

BLOOD BROTHERS PRESS KIT

Pengarah:
Alexi Tan

Penerbit:
John Woo (M1 2 / Face Off / Broken Arrow)

Pelakon:
Daniel Wu ( Protégé, Rob-B-Hood, & The Banquet )
Liu Ye ( Jasmine Women, The Promise, & Curse of the Golden Flower )
Shu Qi ( Seoul Raiders, Confession Of Pain, & My Wife is a Gangster 3 )
Chang Chen ( Hidden Dragon, 2046, & The Battle of Red Cliff )
Tony Yang ( Holiday Dreaming, Ming Ming, & Catch )

Genre:
Aksi Thriller Gangster

Tayangan: 16 Ogos 2007

sex tips

gambar seksi pelakon blood brothers

SINOPSIS FILEM BLOOD BROTHERS
Shanghai di sekitar tahun 1930-an adalah sebuah kota yang berada di zaman kegemilangannya. Tiada satu pun tempat di dunia yang mampu menyaingi kemasyhuran, keghairahan, kehebatan, dan potensinya. Tidak dapat dinafikan, Shanghai pada ketika itu menyerupai era kepesatan pembangunan Babylon moden. Ia diwarnai dengan perebutan kuasa, gangsterisma, penipuan, industri-industri mewah, pelacuran, dan kegiatan korupsi di kalangan ahli-ahli politik.

Kang, Fung, dan Xiao Hu, tiga pemuda mentah telah tiba ke “Syurga” ini dengan harapan untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Bagaimanapun realitinya amat berbeza daripada apa yang disogokkan ke minda mereka sebelum itu. Apa yang mereka saksikan ialah nyawa tidak lagi berharga dan keganasan berleluasa di mana sahaja. Masa berlalu dan dalam keadaan berbeza, setiap daripada mereka mula terjerumus ke kancah jenayah.

Kang merupakan seorang yang bercita-cita tinggi. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai matlamatnya. Tekadnya membuatkan dia mempercayai bahawa apa yang dilakukannya adalah untuk memperolehi kehidupan yang lebih baik. Dia tidak akan membiarkan apa sahaja menjadi penghalang, sama ada sahabat, musuh mahupun keluarganya.

Fung begitu berpuas hati dengan kehidupannya sebagai pemuda kampung. Namun, disebabkan peristiwa yang tidak dijangkakan dia terpaksa melarikan diri ke Shanghai. Fung berhadapan dengan kehidupan yang tidak pernah diimpikannya sebelum ini. Penglibatanya dalam dunia jenayah menyebabkan keberaniannya mula terserlah dan dia telah memeranjatkan semua orang, lebih-lebih lagi dirinya sendiri.

Xiao Hu merupakan seorang pemuda yang sangat lurus diantara mereka bertiga. Dia mengkagumi abangnya, Kang, dengan membuta-tuli sehingga sanggup mengikuti abangnya walau hingga ke hujung dunia sekalipun. Malangnya, dunia baru ini membawanya ke kehidupan yang penuh liku dan akhirnya kearah kehancuran. Oleh kerana lemah dan dihantui kebimbangan, dia terpaksa memilih salah satu di antara dua orang yang sangat disayanginya.

Di sebalik pergelutan moral di kota ini, hidup menjadi lebih sukar apabila hubungan cinta yang terhalang mula terdedah dan setiap orang terpaksa membuat pilihan yang sukar. Sahabat dan adik-beradik saling mengkhianati.

Mampukah mereka meneruskan kehidupan dikota Shanghai? Dapatkah mereka mencari kehidupan yang lebih baik seperti yang diimpikan? Adakah mereka dapat membuat pilihan yang tepat sebagai seorang lelaki yang sejati?

Saksikan filem aksi terbitan pengarah tersohor John Woo ini di pawagam mulai 19 Ogos 2007.

[tags]blood brothers, blood brothers review, blood brothers sinopsis, ringkasan filem blood brothers, filem blood brothers, blood brothers movie, press kit movie, alexi tan director, pengarah alexi tan profile, john woo producer, penerbit filem john woo, pelakon, daniel wu, gambar daniel wu, gossip daniel wu, Liu Ye photo, Shu Qi photos, profile Shu Qi, rating movie, imdb.com, Rush Hour 3, The Bourne Ultimatum, The Simpsons Movie, Stardust, Underdog movie, trailer blood brothers, trailer rush hour 3, fantacy girl, masai girl, money boy, apa baca tags orang nih, bukan ciplak tapi plagiat, wartawan plagiat, blogger ciplak, tipu, buah pelio ko, technocrati, kung fu, brotherhood, film super imposed, filem lucah, filem ella jojie, naked chub man, blood brothers, blood brothers review, blood brothers sinopsis, ringkasan filem blood brothers, filem blood brothers, blood brothers movie, alexi tan director, pengarah alexi tan profile, john woo producer, penerbit filem john woo, pelakon, daniel wu[/tags]

gambar filem blood brothers

blood brothers

blood brothers

gambar kahwin wessing

gambar accident taiping

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bekas Tunang Mawi, Ina Naim & Suhaimi Kahwin

Lirik Separuh Masa – The Lima