in ,

Sinopsis Filem Animasi RIBBIT Terbitan KRU Studios

KRU Studios cukup dikenali dengan genre filem bertemakan aksi, fantasi, muzikal dan pengembaraan sarat dengan kesan khas visual (CGI). Selepas penghasilan filem antarabangsa pertama terbitannya berjudul “Vikingdom”, kini KRU bakal mengeluarkan filem animasi 3D berjudul “Ribbit” menerusi anak syarikatnya Kartun Studios.

[pullquote] Ribbit mengisahkan seekor katak yang mengalami krisis identiti mengembara di hutan dalam pencarian halatuju hidupnya yang sebenar. Didalam pengembaraannya dia ditemani rakan karibnya iaitu seekor tupai, bertemu dengan pelbagai binatang yang bercakap dalam dialek-dialek berbeza; sebagai metafora seseorang yang mengelilingi dunia (versi Bahasa Inggeris) dan mengelilingi Malaysia (versi Bahasa Malaysia) untuk mendapatkan jawapan yang dicari.[/pullquote]

Filem Ribbit diarahkan oleh Chuck Powers yang menggunakan suara-suara artis terkenal Hollywood seperti Sean Astin (Lord of the Rings), Tim Curry (The Hunt for Red October) dan pelawak antarabangsa Russell Peters (Fast Food Nation). Filem ini juga telah diadaptasikan ke dalam Bahasa Malaysia diarahkan oleh pengarah filem tempatan Mamat Khalid dan menampilkan suara-suara artis tempatan seperti Johan Raja Lawak, Elfira Loy, Awie, Datuk Aznil Hj Nawawi, Izzue Islam dan ramai lagi.

Ribbit kini sudah mendapat tempahan melebihi 80 buah negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Rusia, Jerman, Jepun, China, Korea Selatan dan kebanyakkan negara tersebut akan mengalih bahasa ke bahasa tempatan mereka.

Meneruskan tradisi KRU Studios dengan lagu-lagu tema filem, Ribbit menampilkan “Magical Moment” yang menggandingkan Jaclyn Victor bersama kumpulan R&B terkenal dari Amerika Syarikat Az Yet dan “Destiny” oleh DJ Motiv8 iaitu bekas DJ yang sentiasa mengiringi persembahan kumpulan Black Eyed Peas. Manakala bagi versi Bahasa Malaysia “Dikau Saja” dijadikan lagu tema yang dinyanyikan oleh kumpulan Forteen.

Filem ini bakal menemui penonton pada 4hb September 2014 dan juga bakal diedarkan dalam format Stereoscopic 3D. Tarikh pengedaran di luar negara adalah tertakluk kepada pengedar-pengedar yang dilesen di negara masing-masing. Pada hari ini, KRU Studios mengeluarkan treler rasmi versi Bahasa Malaysia di Youtube. Sila rujuk ke pautan http://www.youtube.com/watch?v=ZNtTGpMUOdI&list=PLA9FB0A14CF1E50B8

Versi Bahasa Inggeris dibintangi :

Ribbit Sean Astin
Terrence Tim Curry
Deepak Russell Peters
Sandy Cherami Leigh
Marcella Amelia Henderson
Luciano Elza Irdalynna
Rafa Elza Irdalynna
Kai Sonny Franks
Ollie Sonny Franks
Jojo Christina Orow
Spider Kenny Dowle
Witch Doctor Valentine Cawley
Princess Heidi Schunover

Versi Bahasa Malaysia dibintangi :

Ribbit Johan Raja Lawak
Siti Elfira Loy
Kulup Awie
Mat Rompi Dato’ Aznil Hj Nawawi
Misya Misya The Glam Girls
Alia Alia The Glam Girls
Yati Yati The Glam Girls
Balan Adam AF
Milah Nuur Jihan Musa
Ollie Munir Phyne Ballers
Labah-Labah Izzue Islam
Dukun Istana One Forteen
Puteri Noorisnainy Ali

Suara Tambahan:

Qasri, Hani Safia, Ariff Shah, Azhar Bin Ismail, Hapil Hanizan, Ahmad Faiz Muhammad, Syed Mustaza Al Jafree, Mohd Shawarni.

Ribbit

Ribbit

Ribbit

Ribbit

Ribbit

Ribbit

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MTV Siar Video Music Awards Japan 2014

Kuala Lumpur Fashion Week Ready-To-Wear 2014