in , ,

Sinopsis Filem AKU, BUNGA Lakonan Ben Amir, Naim Danial & Bunga

Kabir Bhatia Angkat Elemen Muzik, Percintaan & Konflik Keluarga Dalam Naskhah Terbaharu; “Aku, Bunga”. Gandingan Segar Tiga Personaliti Unik Dan Berlainan Latar, Ben Amir, Naim Danial Dan Bunga Janjikan Kelainan

Pengarah tersohor, Kabir Bhatia sekali lagi tampil dengan buah tangan terbaharu, “AKU, BUNGA”, istimewa buat penonton setia Astro First Eksklusif. Mengiringi reputasi beliau sebagai ‘Award Winning Director’, filem yang mendapat sentuhannya baru-baru ini, ‘Sangkar’ berjaya merekodkan kutipan pecah panggung. Kini, beliau bersedia untuk menyajikan “Aku, Bunga” kepada penonton yang merindukan naskhah-naskhah hebat beliau.

“Aku, Bunga” bakal menemui peminat di Astro First Eksklusif (saluran 480) mulai 13 Ogos ini. Untuk pilihan alternatif, filem televisyen (FTV) ini juga boleh didapati di platform On Demand. 

“Aku, Bunga” menampilkan gandingan segar tiga personaliti yang hadir dari latar belakang yang berbeza, Ben Amir, Naim Danial dan pendatang baharu dalam industri seni, Noor Ayu Fatini atau lebih dikenali dengan nama Bunga Isme.

ben-amir-raya-2020
Ben Amir

Bunga sebelum ini mencuri tumpuan dunia apabila muncul dalam artikel The New York Times dan sebuah video daripada Bloomberg ketika membuat persembahan nyanyian rap dengan berbaju kurung dan berhijab. FTV ini merupakan kemunculan sulung Bunga dalam cabang lakonan. 

“Aku Bunga” mengisahkan tentang Bunga (lakonan Bunga Isme), seorang anak tunggal yang begitu menggemari muzik hip hop dan beliau mempunyai impian untuk mengembangkan bakatnya dalam dunia seni. Minatnya ini disokong oleh kawan baik yang juga jiran rapat, Kahoe (lakonan Naim Danial). 

naim-daniel-2020
Naim Danial

Dalam satu insiden, Kahoe telah memperkenalkan seorang pemuda yang juga merupakan peguam, Shaq (lakonan Ben Amir) kepada Bunga. Shaq menyelamatkan Kahoe ketika dikejar Ah-Long. Dari situ mereka mulai rapat dan segala hal hutang piutang ayahnya terbongkar.

Shaq hadir dari kalangan orang yang berada dan beliau mula menyukai Bunga. Namun begitu, hubungan tersebut ditentang ibu Shaq (lakonan Laila Nasir) dan beliau berusaha memisahkan kedua-dua anak muda ini.

Sehinggalah Shaq terlibat dalam satu kemalangan yang hampir meragut nyawa beliau. Apakah kesudahannya kelak? Mampukah cinta menyatukan Shaq dan Bunga? Atau keluarga mendahului segalanya?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amelina Akui Sedang Bercinta dengan Seorang Ahli Perniagaan

Penampilan Siti Nurhaliza di Pembukaan BEAUTY & CO The Garden Mall