Sinopsis Estet Lakonan Farid Kamil dan Jayashree

Sinopsis Estet
Estet menceritakan tentang kehidupan di Estet Cinta Manis yang terkenal dengan keharmonian masyarakatnya tetapi tiba-tiba digemparkan dengan berita mengenai perlawanan bola sepak yang akan diadakan bersama Estet Red Cobra.

Farid dan Sashi pula adalah dua pekerja Estet Cinta Manis yang sering menjadi harapan untuk menyelamatkan pekerja lain daripada penindasan yang dilakukan seorang kerani, Pooniah. Kerana sikap heroism mereka, seorang gadis cantik, Geetha berasa tertawan dengan kedua-dua mereka.

Apa yang mengejutkan, perlawanan bola sepak itu sebenarnya diadakan kerana Pooniah ingin menuntut hutangnya daripada Subramaniam, bapa Geetha dan jika Subramaniam yang mewakili Estet Cinta Manis tewas dalam perlawanan itu, Geetha kan menjadi milik Pooniah.

Berjayakah Farid dan Sashi menyelamatkan Estet Cinta Manis dan Geetha dalam perlawanan itu? Tunggu sahaja hasil karya Mamat Khalid ini untuk mengetahui apa yang berlaku selanjutnya.

[tags]sinopsis, filem estet, cinta manis, red, cobra, farid kamil, mamat khalid, thriller, kancana devi, jaclyn victor, chelsea fc, cj7, cristiano ronald, didier drogba, john terry, jorge mendes, man utd, manchester united, old trafford, paul scholl nose, peter cech, real madrid, ryan giggs, season summary, team performance, Naga VXS Sdn Bhd, jayashree[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Lagu Ada Untuk Mu Nubhan

Pensil – Penuh Dengan Pengajaran Dan Nilai Agama