in , ,

Sinopsis Drama TAK SEMPURNA MENCINTAIMU & COVID OH COVID di TV3

Apabila hidup didatangi dengan ujian yang tidak terduga, adakah anda akan mengalah ataupun bersikap optimis dan tabah untuk menanganinya?

Saksikan dua kisah menarik menerusi ‘Tak Sempurna Mencintaimu’ di slot Akasia dan juga ‘Covid Oh Covid’ di slot Lestary lakonan mantap daripada Redza Rosli, Intan Najuwa, Datin Paduka Umie Aida, Adibah Noor, Tony Eusoff, Tiz Zaqyah, Nabila Huda, Nora Danish dan ramai lagi! 

INTAN NAJUWA ISI KEKOSONGAN HATI REDZA ROSLI!

AKASIA: TAK SEMPURNA MENCINTAIMU, ISNIN – AHAD, 7.00 MALAM

Mula disiarkan pada 29 Mac 2021, drama bersiri adaptasi novel karya Rehan Makhtar, ‘Tak Sempurna Mencintaimu’ terbitan Zeel Production ini meletakkan Redza Rosli dan Intan Najuwa sebagai tunggak utama. Drama bersiri 28 episod ini diarahkan oleh Emi Suffian dan merupakan hasil nukilan skrip daripada Marr Mohamad, Eja Lorena, Lynnda Sharudin dan Mufid Suhaimi.

Mustaqim (Redza Rosli) tidak percaya akan cinta tetapi hatinya terpaut dengan Siratul (Intan Najuwa), seorang gadis kampung yang berjiwa kental dan tabah. Pada usia mudanya, Siratul telah mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga selepas kematian ayahnya, apatah lagi kesihatan emaknya kini agak teruk. Adiknya, Safwan yang baru tamat SPM membantunya dengan bekerja di sebuah pasaraya berdekatan.

Perkenalan Siratul dengan Mustaqim tidak bermula dengan bait-bait kata yang indah malah ia sangat menyakitkan. Apabila Siratul mula membuka hati kepada Mustaqim, lelaki itu pula mendustai dirinya. Akhirnya, Siratul mengerti tentang apa yang telah Mustaqim lalui pada sepuluh tahun dan dia mengambil keputusan untuk menjadi perisai yang membantu lelaki yang dicintainya untuk terus bertahan. Mustaqim sekali lagi bertarung dengan ujian antara dia, Siratul dan Melisa dimana ia hanya dipisahkan oleh garisan halus kematian. Adakah dia masih gagah untuk menghayun pedang melawan ujian itu apabila perisainya tumbang? 

SLOT LESTARY DIHIASI PELAKON HEBAT DAN MENAWAN

LESTARY: COVID OH COVID, RABU – SABTU, 9.00 MALAM

Selepas Hadiah Dari Tahun, TV3 sekali lagi menyajikan drama bersiri yang mengisahkan cabaran hidup ketika negara dilanda pandemik Covid-19. Drama terbaharu, ‘Covid Oh Covid’ terbitan Rumah Karya Citra bakal mengisi slot Lestary TV3 bermula 2 April 2021. Drama bersiri 13 episod ini diarahkan oleh Jet Li dan Izuan Mokhtar, nukilan skrip oleh Eirma Fatima menggandingkan pelakon-pelakon handalan seperti Datin Paduka Umie Aida, Nora Danish, Tiz Zaqyah, Nabila Huda, Tony Eusoff  dan Adibah Noor.  

Pengumuman sambungan PKP amat meresahkan rakyat Malaysia termasuklah Villa Angrani yang dihuni oleh Tuan Ariffin (Tony Eusoff), mak mertuanya Tok Wan (Datin Paduka Umie Aida), isterinya Habsah (Adibah Noor) dan anak-anaknya Safura (Tiz Zaqyah), Salmiah (Nabila Huda), Suhaila (Nora Danish), dan Shazrul (Nasiruddin Alaydrus). Hanya Suhaila dan Shazrul yang belum berkahwin tinggal bersama dengan Tuan Ariffin. Walaubagaimanapun, mereka sebuah keluarga yang rapat dan anak-anak selalu berkumpul di situ. Tuan Ariffin menyediakan bilik untuk semua anak-anaknya termasuklah Safura yang sudah berkahwin kecuali Salmiah yang seperti anak terbuang kerana perkahwinannya yang tidak direstui. Adik-beradik bersepakat mahu merapatkan semula hubungan Salmiah dengan Habsah. 

Tok Wan mengidap Alzheimer dan selalu membuat suasana jadi huru hara dengan perangainya. Tuan Ariffin mempunyai hubungan dengan Riana (Fatiya Latiff), seorang janda yang rumahnya berdekatan dengan masjid. Apabila masjid ditutup, Tuan Ariffin resah sebab tak dapat jumpa dengan kekasih hati. Habsah yang sangat fobia dengan Covid-19 sangat tegas dan tak suka anak-anak keluar rumah tanpa sebab. Dia sangat mematuhi SOP. Hubungan antara Tuan Ariffin dan Riana dapat dihidu oleh Shazrul. Dia berpakat dengan Suhaila untuk menggagalkan hubungan ayah dan janda itu. 

Safura bergiat aktif dalam kerja amal, menghantar barang dan makanan kepada warga seni yang kurang berkemampuan. Setelah PKP dilanjutkan, Safura ingin mengadakan konsert secara maya bagi mengumpul dana. Suhaila pula resah dengan majlis perkahwinan yang akan diteruskan dengan pematuhan SOP. Sebagai seorang influencer, Suhaila kongsikan video persiapan perkahwinannya untuk tatapan peminat. Suhaila terkejut apabila suaminya, Zafrin mengambil keputusan untuk tidak hidup menumpang di Villa Angrani. Bagaimana Suhaila menyesuaikan diri? Tambahan lagi, Suhaila memang tidak gemar membuat kerja rumah dan tidak pandai memasak. 

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama-drama popular di TV3 dan www.tonton.com.my Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat!

Selain dari itu, dapatkan gosip terbaru dan tip gaya hidup anda melalui laman xtra (www.xtra.com.my), kini boleh dilayari menerusi web dan aplikasi tonton. Muat turun atau kemas kini aplikasi baru tonton dari Google Play & App Store hari ini atau layariwww.tonton.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Neelofa Antara Penerima Anugerah Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith

Sasaran untuk Jual 300,000 Kotak Sebulan, Himaya Lantik Erra Fazira & Wany Hasrita Jadi Duta