Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in

Sinopsis Drama Mamaku Guru Besar

Guru Besar sekolah ialah individu yang paling penting dan berpengaruh di sesebuah sekolah. Dia ialah orang yang bertanggungjawab terhadap semua aktiviti yang berlaku di sekolah. Kepimpinannyalah yang menentukan iklim pembelajaran, tahap professionalisme dan moral guru serta darjah keprihatinan terhadap masa depan pelajar.

Bertemakan kekeluargaan, sikap, prinsip dan nilai kehidupan seorang ibu serta guru besar, khas sempena sambutan Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei setiap tahun, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan telemovie bertajuk “Mamaku Guru Besar” pada 13 Mei ini, pukul 9.00 malam di TV1.

“Mamaku Guru Besar”, Telemovie Khas Hari Guru Di TV1

Kelainan ditonjolkan telemovie arahan Adam Hamid ini kerana perkongsian watak utama seorang guru besar pula berbanding drama-drama lain yang banyak mengetengahkan usaha serta kesungguhan golongan pendidik.

Menampilkan watak utama Azalina Dato Ahmad Daud sebagai Cikgu Zabedah, telemovie ini turut dibintangi oleh Hanis Kamal Bakar, Mahmood Ali Basha, Sura Sojangi, Shakilla Koriri, dan Mak Wan.

Ia mengisahkan Cikgu Zabedah, seorang guru besar cemerlang di sebuah sekolah rendah di Kota Bharu, Kelantan. Berlaku perubahan sikap dan karakter ke atas Cikgu Zabedah yang suka berleter serta cerewet dalam pentadbiran sekolah. Gelagat serta ketegasan yang keterlaluan membuatkan Cikgu Zabedah tidak disenangi oleh beberapa orang guru di sekolahnya.

Di rumah Cikgu Zabedah memaparkan perwatakan yang berlainan terhadap suaminya, Pak Mustafa dan memperlakukan suaminya itu seperti pemandunya. Pak Mustafa seorang usahawan yang berjaya dalam bidang pengurusan sekolah memandu.

Mereka suami isteri selalu bergaduh kerana perbezaan pendapat, nilai dan prinsip masing-masing. Tambahan pula cara mendidik anak bongsu mereka yang berlainan. Cikgu Zabedah menyerahkan kesemua tanggungjawab mengurusan hal ehwal rumah, pakaian serta makan minum sekeluarga pada orang gaji dari Indonesia iaitu Bibik Sunari.

Muiz, adalah anak bongsu dan seorang pelajar cemerlang. Muiz telah berubah menjadi pelajar yang sering ponteng sekolah apabila segala kemahuannya dipenuhi oleh Cikgu Zabedah.

Pengaruh rakan sekolah juga menyebabkan Muiz ponteng sekolah, jadi remaja liar dan berhasrat mahu melarikan diri.

Pelbagai insiden yang berlaku menyebabkan Cikgu Zabedah cuba untuk mengubah diri dan prinsip yang dipegangnya. Namun masihkah ada peluang untuk Cikgu Zabedah? Dapatkah Pak Mustafa memaafkan isterinya itu? Siapakah yang berjaya mengubah Muiz?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version