in , , ,

Sinopsis Drama KEBAYA KASUT KANVAS Lakonan Nabila Razali & Fahrin Ahmad

Drama KEBAYA KASUT KANVAS Lakonan Nabila Razali & Fahrin Ahmad Bakal Ditayangkan di TV3 Tak Lama Lagi!

Suria bekerja di sebuah syarikat fesyen. Dia dikenali dengan cara pemakaian uniknya yang gemar mengenakan baju kebaya dengan kasut kanvas.

Suria tidak pernah mempunyai teman lelaki sejak zaman kolej dan dia seorang yang terlalu sibuk dengan kerjanya sehingga ibunya, Cik Pah mula risau jikalau anak daranya tidak akan kahwin. 

Tanpa pengetahuan Suria, Cik Pah telah menerima lamaran kahwin bagi pihaknya. Cik Pah juga merahsiakan siapakah bakal suaminya malah Suria disuruh untuk mencari siapakah lelaki tersebut.

Cik Pah hanya memberi satu petunjuk bahawa Suria juga mengenali lelaki itu. 

Kebaya Kasut Kanvas

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Pelawak Jadi Deejay, Pendengar Pilih Artis Komedi

Havaianas Buka Cawangan di Pavilion Kuala Lumpur