in , , ,

Sinopsis Drama Hartamas Lakonan Faezah Elai

Drama Hartamas arahan Kabir Bhatia terbitan bersama Juita Viden dan Filmscape yang dinanti-nantikan ini dijayakan dengan lakonan mantap Ida Nerina dan Rashidi Ishak bersama Faezah Elai dan Diana Rusdi.

Berlatarbelakangkan kawasan Hartamas di Lembah Klang yang sinonim dgn kemewahan. Apabila ibu bapa tunggal Johari (Rashidi Ishak), seorang akauntan dari Hartamas dan Amelia (Ida Nerina) dari Segambut Dalam berkahwin, dapatkah anak gadis mereka menerima perhubungan tersebut?

Anak Johari yang bernama Juita (Diana Rusdi) menuntut di kolej yang sama dengan anak perempuan Amelia bernama Edrina (Faezah Elai). Kedua-duanya umpama langit dan bumi, dengan perwatakan yang amat berbeza, dan bermusuh ketat antara satu sama lain. Bagaimanakah kedua-dua gadis ini mengatasi percanggahan antara mereka? Berjayakah perkahwinan ibu dan bapa serta perhubungan sekeluarga mereka? Begitulah premis drama komedi 13 episod (musim pertama) ini yang akan ke udara pada 8hb Februari 2009, 8.30 malam.

3221145528 Db9E2F2Ae3 | 4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Saiful Apek Berseluar Dalam Sifu & Tongga

Scha, Sari Yanti dan Irma Hasmie di TV9 Berwajah Baru