in , ,

Sinopsis Drama Dalam Setiap Sujud Lakonan Keith Foo & Nur Fathia

DRAMA DALAM SETIAP SUJUD PERTEMUKAN FATHIA DAN KEITH FOO

[dropcap]D[/dropcap]alam Setiap Sujud drama terbaru yang diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin akan menggantikan drama Terlanjur Cinta bermula 8 Januari ini, pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 8.30 malam.

Dalam Setiap Sujud diinspirasikan daripada peristiwa letupan Gunung Merapi yang meragut ratusan nyawa di Yogjakarta.

[pullquote align=”right”]Dalam Setiap Sujud akan menggantikan drama Terlanjur Cinta bermula 8 Januari ini, pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 8.30 malam.[/pullquote]

Drama Dalam Setiap Sujud yang akan bersiaran selam 14 episod ini akan menampilkan Nur Fathia, Azlee Khairi dan Keith Foo sebagai pelakon utama. Dalam Setiap Sujud turut dibantu pelakon baru seperti Elfaeza Ul-Haq, Syatilla Melvin dan Aidil Aziz serta pelakon berpengalaman seperti Rozie Othman, Watie Sadali, Mak Engku dan Idris Md Diah.

Kemunculan istimewa Keith Foo pelakon dan model yang berasal dari Malaysia tetapi kini sedang hangat menempa nama di Indonesia buat pertama kali di TV9 dan di Malaysia, pastinya akan meninggalkan impak tersendiri di hati para peminatnya dengan membawakan watak Hendra yang kehilangan isterinya dalam peristiwa letusan Gunung Merapi di Yogyakarta.

Kehadiran Jannah (Nur Fathia), sukarelawan daripada Malaysia membibitkan sedikit rasa cinta di hati Hendra apabila melihatkan kelembutan Jannah melayan anaknya kecilnya yang bernama Ilah.

Konflik terjadi apabila Jannah menerima lamaran Puan Endah (Rozie Othman) yang berkenan dengan peribadi Jannah yang sering sahaja tersenyum ketika dia dimasukkan ke hospital. Puan Endah yang juga bekas majikan bapa Jannah mahukan Jannah menjadi isteri kepada anaknya, Fareez (Azlee Khairi).

Malangnya, Fareez yang suka berpoya-poya itu tidak mahu Jannah menjadi isterinya kerana dia sudahpun mempunyai pilihan sendiri iaitu Zulaikha (Elfaeza UI Haq).

Bagi Fareez, Jannah tidak layak untuk menjadi isterinya jika dibandingkan dengan Zulaikha yang lebih moden dan kedudukan Zulaikha juga lebih setaraf dengannya. Tetapi atas desakan Puan Endah, Fareez terpaksa akur dan menerima pilihan ibunya itu jika tidak dia akan kehilangan semua harta keluarganya. Sejak itu Fareez berjanji akan membuatkan Jannah tersiksa dengan hidup bersamanya.

Bagaimana pula dengan Hendra yang jauh di Indonesia tapi tidak pernah sedetik pun melupakan Jannah? Jangan lupa untuk mengikuti drama menarik Dalam Setiap Sujud ini bagi mengetahui kesudahannya hanya di TV9!

Sinopsis Drama Dalam Setiap Sujud

Sinopsis Drama Dalam Setiap Sujud

Sinopsis Drama Dalam Setiap Sujud

Sinopsis Drama Dalam Setiap Sujud

Sinopsis Drama Dalam Setiap Sujud

Sinopsis Drama Dalam Setiap Sujud

Sinopsis Drama Dalam Setiap Sujud

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lakonan Nasha Aziz Sebagai Ibu Dalam Telemovie 7 Dulang Asam Pedas

Zarina Anjoulie Keluar Lokap DIjamin Adik Tiri