in , , ,

Drama Cinta Jannah Lakonan Aeril Zafrel & Nelydia Senrose

[dropcap]C[/dropcap]inta tidak boleh dipaksa, kadang-kadang cinta boleh datang dan pergi dengan sekelip mata. Perlukah kita berbohong demi meraih cinta sejati? Adakah campur tangan keluarga dapat menghalang dua hati yang sudah terpaut? Dengan gandingan dua pelakon muda yang sedang meningkat naik, Aeril Zafrel yang sedang meniti nama di Hollywood bersama pelakon jelita yang popular dengan drama ‘Setia Hujung Nyawa’, pasti gabungan pelakon dan jalan cerita yang mantap, drama terbaru untuk slot Akasia, ‘Cinta Jannah’ bakal melakar sejarah memecah box office setanding dengan ‘Teduhan Kasih’ yang berjaya menambat hati jutaan rakyat Malaysia.

Poster Cinta Jannah

[pullquote align=”right”]Wujudkah Sinar Bahagia Di Sebalik Derita, sebuah drama penuh konflik dan konspirasi di TV3 mulai 14 Ogos 2013, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 petang.[/pullquote]

[dropcap]M[/dropcap]enyusuli ‘Demi Dia’, slot drama TV3, AKASIA bakal mempersembahkan sebuah karya hebat terbitan Orangetree Production menerusi drama rantaian ‘Cinta Jannah’ bermula 14 Ogos 2013, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 petang.

Drama bersiri 24 episod yang diarahkan oleh Azmi Hatta, nukilan skrip oleh Nur Maizan Othman menampilkan barisan pelakon hebat seperti Aeril Zafrel, Nelydia Senrose, Reen Rahim, Ramona Zam Zam, Fadilah Mansoor, Saharuddin Thamby, Dian P Ramlee, Kartina Aziz, Ezany Nizariff, Abdul Fattah dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Cinta Jannah

Jannah (Nelydia Senrose) melarikan diri dari rumah setelah dipaksa oleh keluarganya untuk mengahwini Suffian sebagai isteri kedua. Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai oleh adiknya, Razak kepada Suffian selepas kalah judi. Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya. Duit tersebut juga dapat digunakan untuk mengadakan kenduri nikah untuk anak sulungnya, Balqis (Reen Rahim). Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya.

Setibanya Jannah di Kuala Lumpur, Jannah menjadi keliru kerana tiada hala tuju. Tatkala memikirkan apa yang bakal dilakukan, ben tangannya telah diragut dan Jannah jatuh, terhentak kepalanya dan jatuh pengsan.

Secara kebetulan, Izaryl (Aeril Zafrel) lalu di situ lalu membantu Jannah yang pengsan. Pada masa yang sama, Izaryl berada dalam dilema kerana dia terpaksa mencari seorang isteri dalam masa 3 bulan bagi mengelakkan dirinya mengahwini Damia (Ramona Zam Zam), pilihan ibu Izaryl sendiri.

Dalam keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah dengan mengatakan bahawa dia telah memperkosa Jannah semasa dia pengsan. Justeru, mereka terpaksa berkahwin. Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu, ibu Izaryl, Tengku Zareena (Dian P Ramlee), berasa amat marah. Tengku Zareena telah merancang untuk memisahkan mereka berdua dengan berpakat bersama Damia untuk menggoda Izaryl dalam harapan untuk menghancurkan rumahtangga Izaryl dan Jannah.

Apakah kebenaran akan terbongkar antara punca perkahwinan Izaryl dan Jannah? Dapatkah Tengku Zareena memisahkan mereka berdua? Bagaimana pula dengan takdir yang tertulis untuk Izaryl dan Jannah? Pastikah cinta bakal berputik antara mereka berdua? Saksikan drama bersiri baru, Cinta Jannah menerusi slot Akasia di TV3, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam mulai 14 Ogos 2013, semestinya di TV3!

Ikuti Penamat Drama Cinta Jannah di TV3

Penonton yang terlepas menyaksikan Cinta Jannah boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my. Layari www.tv3.com.my serta Facebook, Twitter, Instagram & Youtube TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Cinta Jannah (6)

Cinta Jannah (2)

Cinta Jannah (1)

Cinta Jannah (4)

Cinta Jannah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Adnan Sempit 3 Tak Pernah Mengenepikan Lemak Kampung Santan

Drama Opah Musim Baru Lakonan Zizan Nin