in

Sinopsis Drama Bersiri Setitis Kasih Darmia

Shaarnaz Ahmad berdendam dengan Nelydia? Adakah kerana sakit hati kerana pernah dituduh menjadi pemusnah cinta di antara Nelydia dan Qi Razali dahulu, Sharnaaz ingin membalas dendam? Betul, tak dinafikan Sharnaaz ingin membalas dendam tetapi itu hanyalah watak yang perlu dijayakan oleh Sharnaaz dalam drama bersiri terbaharu di slot Ratu TV9 iaitu Setitis Kasih Darmia.

[pullquote]Dalam drama bersiri 14 episod ini, Shaarnaz yang membawakan watak sebagai Khairul Amir, berdendam dengan Darmia yang dilakonkan oleh Nelydia Senrose kerana memerangkapnya sehingga mereka terpaksa berkahwin walaupun hakikatnya Darmia sendiri tidak rela dengan perkahwinan itu. Drama ini yang diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Pena Creative Sdn Bhd akan mula bersiaran menerusi Slot Ratu bermula 14 Oktober ini pada setiap hari Selasa dan Rabu, jam 8.30 malam. Selain dari itu, penonton juga boleh menyaksikan siri ini seminggu awal melalui tonton premiere mulai 8 Oktober 2014.[/pullquote]

Setitis Kasih Darmia adalah sebuah drama adaptasi daripada novel nukilan Naniey TJ, mengisahkan kehidupan gadis bernama Darmia yang kehilangan kasih ibu dan terjebak dengan perkahwinan tanpa rela dan tidak pernah diduga apabila terpaksa menikahi lelaki yang tidak pernah dikenalinya. Lelaki yang bernama suami meninggalkannya kerana maruahnya tercalar. Mujur ada Opah (Fauziah Nawi) dan Haliza (Zaryn Minn), sepupu yang memahami keadaanya sementara keluarganya yang lain mencemuh dan membenci dirinya. Tawaran untuk menyambung pelajaran membuka lembaran baru buat Darmia apatah lagi ditawarkan untuk bekerja sambilan oleh Haliza. Dia melanjutkan pelajaran sambil bekerja separuh masa sebagai orang gaji di rumah majikan Haliza, Khairul Amir. Tanpa Darmia ketahui, Khairul Amir adalah suami yang pernah meninggalkannya empat tahun lalu. Oleh kerana dia bekerja di siang hari, dia tidak pernah bertemu dengan Khairul Amir sehinggalah satu hari mereka bertemu lalu tersingkaplah rahsia antara mereka berdua.

Menyingkap kejadian empat tahun lalu, Darmia dan Khairul Amir pernah bernikah akibat ditangkap khalwat setelah Amir cuba menyelamatkan Darmia dari menjadi mangsa rogol. Amir yang merasakan dirinya dipergunakan telah meninggalkan Darmia sejurus selepas dinikahi dan tidak pernah kembali lagi. Lelaki itu muncul dengan dendam yang tidak pernah dilupakan. Rahsianya harus disimpan sebaik mungkin. Buatlah apa sahaja pada dirinya, Darmia rela agar Haliza tidak disakiti. Dalam benci datang kasih. Jauh Darmia pergi, semakin kuat Khairul Amir mengejar. Setitis Kasih Darmia memaparkan nilai kesabaran dan kekuatan Darmia dalam mengharungi pelbagai ujian demi pertahankan kebahagiaan hidupnya.

Gandingan mereka berdua pastinya membuatkan penonton merasa teruja untuk menyaksikan kesudahan kisah kasih Darmia dan Amir yang penuh liku dan halangannya. Setitis Kasih ini turut membariskan ramai lagi pelakon hebat seperti Zarynn Minn, Josiah Hogan, Puteri Chichi, Azizah Mahzan, Fauziah Nawi, Liza Abdullah, Kazaruddin Saisi, Dato Jalaluddin dan Ziela Jalil. Jika anda ketinggalan untuk mengikuti siaran drama ini, anda juga boleh layari www.tonton.my untuk siaran ulangan. Untuk maklumat lanjut sila layari www.tv9.com.my.

SKD POSTER

SKD 1

SKD 2

JOSIAH HOGAN

ZARYN MINN

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zoey Rahman Kini Ceburi Bidang Perniagaan

Konsert Search Live In Istana Budaya 2014