in ,

Sinopsis Drama Ana Lu’Lu

Setelah berakhirnya ASMARA 2, slot LESTARY akan menghiburkan anda dengan siri drama hebat 13 episod, ANA LU’LU lakonan mantap Nora Danish, Kamal Adli, Adey Syafrien, Sharifah Sakinah, Zarina Zainuddin dan Mustapha Kamal mulai 7 Jun 2011, setiap hari Selasa jam 9.00 malam.

Video Promo Drama Ana Lu’Lu TV3 Lestary

ANA LU’LU mengisahkan Ana Lulu (Nora Danish), seorang gadis periang yang sering tampil dengan cara berpakaian pelik dan menarik perhatian orang untuk memerhatinya. Ana bekerja sebagai pembantu jurujual di sebuah kedai bunga bersama seorang kenalan baru, Bunga (Wawa). Konflik percintaan bermula apabila Harris (Kamal Adli) telah jatuh hati terhadap Ana. Walau bagaimanapun, Ana sedang menyulam cinta dengan Fadzil (Adey Syafrien) tanpa menyedari Fadzil sering mempergunakannya demi wang.

Kalau anda masih ingat, Ana Lu’Lu adalah arahan Pierre Andre dan merupakan adaptasi dari telemovie yang pernah ditayangkan di Astro dulu, tapi dulu telemovie ni diberi tajuk Lu’Lu sahaja, dan pelakon utama dulu ialah Yana Samsudin. Drama Ana Lu’Lu ni konsep dan genre tetap sama cuma jalan cerita je lain. Sinopsi Ana Lu’Lu tak dapat lagi. Tapi dengar ceritanya, drama ni ada sikit sikit macam cerita Ugly Betty. Sinopsi nanti akan diupdate.

Watak Nora Danish dalam ni agak gila gila, dan kebudak-budakan sikit, comel dan manja. Ikut kata pengarah dia, Pierre Andre, mungkin drama ni akan mengatasi Adamaya.

Kamal Adli

Kamal Adli

Nora Danish

Nora Danish

What do you think?

74 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Top 9 Showdown 2011

Live Music & Musicals with AirAsiaRedTix.com This June