in

Sinopsis Drama Adaptasi Novel PERGILAH AIR MATA

Drama bersiri terbaharu adaptasi novel karya Hanni Ramsul bertajuk “Pergilah Air Mata” bakal mewarnai slot Widuri yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bermula 10 Julai ini, setiap Sabtu dan Ahad, pukul 7.05 malam di TV1.

Menampilkan pelakon popular Nelydia Senrose, Kamal Adli, Izreen Azminda, Amar Asyraf, Reen Rahim, Mustafa Kamal dan Nadia Mustafa, 26 episod drama bersiri ini merupakan adaptasi novel arahan Jo Yusof.

babak dalam pergilah air mata

Adaptasi Novel “Pergilah Air Mata”, Konflik Kamal Adli, Nelydia Senrose dan Izreen Azminda di TV1

Kisahnya bermula dengan watak utama watak Sabrina dibawakan oleh Nelydia Senrose, seorang gadis naif dari kampung yang kehidupannya tidak terdedah kepada anasir negatif. Ada sesuatu yang malang menimpa Sabrina apabila dia diperangkap oleh rakan baiknya sendiri, Maria (lakonan Reen Rahim) sehingga terpaksa berkahwin paksa dengan seorang jejaka kaya bernama Badrul Datuk Hamidi (Kamal Adli).

Bertambah malang, apabila sudah berkahwin, Sabrina menjalani hidup yang lebih sukar dengan menjalani kehidupan bermadu dengan isteri pertama Badrul, Dayana (Izreen Azminda) sehingga sering disalah anggap mahu mengaut harta suaminya.

Kerana satu rancangan yang dirancang untuk memisahkan mereka, rumah tangga Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina goyah hingga menyebabkan Badrul sanggup menyakiti Sabrina. Air mata menjadi teman setia buat Sabrina.

Sabrina hidup ibarat burung dalam sangkar emas. Dia tetap dilayan baik oleh Datuk Hamidi, namun kesedihannya tidak berpenghujung. Namun, dalam membenci, rindu datang jua, Badrul tidak dapat melupakan Sabrina. Rasa benci membuatkan Badrul menafikan perasaan kasih dan rindu yang datang, hinggalah Sabrina meminta perpisahan. Dapatkah Badrul mengubati rajuk luka di hati Sabrina?

Situasi yang berlaku tersembunyi hikmah bila mana Badrul berubah sikap menjadi pemarah dan panas baran, namun akhirnya menjadi seorang yang penyayang kepada isteri-isterinya.

Novel Pergilah Air Mata

NELYDIA Senrose bertudung untuk watak Sabrina dalam drama Pergilah Air Mata

Kamal Adli ketika di lokasi penggambaran Pergilah Air Mata

babak perkahwinan dalam drama bersiri Pergilah Air Mata

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muzik Video SISTAR & Drama Mek Kelate Trending di Youtube Malaysia

Pullman Jakarta: Meriah & Mewah di Tengah Kota Jakarta