in ,

Sinopsis Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam

Synopsis Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam

Pengarah :  Syamsul Yusof
Syarikat Penerbit : Skop Production Sdn. Bhd. dan Grand Brilliance Sdn. Bhd.
Kategori : Filem Cereka
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre : Aksi, Jenayah, Drama
Klasifikasi : 18PL
Tarikh Tayangan : 23 April 2009
Durasi : Tiada Maklumat
Audio : Dolby
Format : 35mm

Pengarah: Syamsul Yusof   

Penulis Cerita Asal dan skrip: Syamsul Yusof  

Pelakon
Nabila : Tasha
Syamsul Yusof : Muz
Salina Saibi : Amy
Shaheizy Sam : Acai
Aaron Aziz : Azam
Diana Danielle : Aishah
Lando : Lan
Nasir Bilal Khan : Salleh
Adam Corrie Lee : John

Krew :
Musa Idris : Penyunting
Syamsul Yusof : Penyunting
Omar Ismail : Pengarah Fotografi
Safri Zakaria : Pengurus Produksi
Lando : Pengurus Produksi

Penerbit: Dato’ Yusof Haslam
Puad Onah : Penerbit Eksekutif

Sinopsis Bohsia

Bohsia mengisahkan dua remaja Amy dan Tasya yang menjadi mangsa kerakusan kekejaman manusia berhati binatang. Tanpa pendidikan dan latar belakang keluarga yang sempurna, Amy dan Tasya memilih untuk terjebak dalam dunia rempit oleh pengaruh teman lelaki. Muz teman lelaki Tasya seorang suka cakap besar dan Acai teman lelaki Amy seorang yang pantang dicabar.

Bapa Amy seorang kaki judi sering mengangu kehidupan Amy. Azam seorang bapa ayam cuba memujuk Amy kembali padanya dan insaf atas kesilapannya yang dulu. Amy yang mengetahui pekerjaan Azam cuba menjauhkan dirinya pada Azam. Muz terpikat pada Aisyah tetapi tidak mengetahui Aisyah ialah adik kepada Azam. Tasya yang berang dengan kecurangan Muz,relakan dirinya ditiduri Acai dan gengnya.

Tasya merasakan hidupnya tidak bermakna, membunuh diri. Muz mendedahkan cuba memberitahu identiti abangnya dan dirinya sebagai mat rempit. Azam kecewa tidak dapat memujuk Amy bertindak merogol Amy. Amy melarikan diri dari Azam dan cuba berlindung dengan bapanya Salleh. Salleh yang mabuk cuba mengambil kesempatan pada Amy. Apakah yang akan berlaku… Saksikan BOHSIA.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pencarian Bakat Baru Dalam Juara Asyik 2009

Senarai Nama Tenaga Produksi Filem Setem