Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in ,

Sinopsis Ammara Batrisyia Lakonan Erra Fazira & Umie Aida

Kerana dendam, Slot Ratu di TV9 tidak pernah sunyi untuk menghidangkan drama-drama terbaru yang berkualiti. Bermula 10 Disember ini, drama terbaru terbitan Rumah Karya Citra Sdn Bhd bakal mengisi slot Ratu pada setiap hari Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam.

[pullquote align=”right”]Buat pertama kalinya menerusi drama Ammara Batrisyia, primadona filem melayu Erra Fazira bakal membuat kemunculan eksklusif di TV9 bergandingan bersama sahabat baiknya, Datin Paduka Umie Aida yang baru-baru ini telah memenangi anugerah pelakon wanita terbaik drama di Anugerah Skrin.[/pullquote]

Selain itu Ammara Batrisyia turut dibantu oleh Adi Putra, Ungku Ismail, Betty Rahmad, Ku Hariz dan Tunku Hanis.

Selain bersandarkan nama-nama besar ini, Ammara Batrisyia juga mendapat sentuhan pengarah muda berbakat besar Azma Aizal Yusof yang telah banyak menghasilkan drama-drama berkualiti dan menghiburkan. Skrip drama 14 episod ini merupakan olahan Erma Fatima yang turut menggondol anugerah pengarah terbaik Anugerah Skrin 2013.

Ammara Batrisyia menceritakan mengenai kehidupan dua sisi berbeza dua wanita, Ammara dan Batrisyia. Ammara (Umie Aida) seorang gadis penuh misteri yang sedari kecil hidupnya dibaluti duka. Dia kehilangan kedua ibu-bapanya sejak kecil dan dibesarkan oleh mak ciknya di Australia. Ammara selain sukar ditafsir perlakuannya, dia juga dilihat terlalu obses dengan Batrisyia (Erra Fazira), seorang selebriti popular yang menempa nama menerusi bidang pengacaraan.

Batrisyia mempunyai personaliti menarik selain daripada menyimpan impian untuk menubuhkan sebuah yayasan bagi membela nasib wanita-wanita yang tidak bernasib baik. Kerana terlalu obses dengan Batrisyia, Ammara cuba untuk mendekatkan dirinya kepada Batrisyia dalam apa cara sekalipun. Satu insiden akhirnya telah menemukan mereka dan membuatkan mereka menjalinkan persahabatan tanpa Batrisyia sedar, Ammara seakan-akan cuba mengawal kehidupan dan menjadi seperti Batrisyia.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version