in , ,

Single WARNA Jadi Taruhan Pertama Kumpulan NAMIAS

Sebuah lagi kumpulan muncul untuk mewarnai industri seni tempatan. Kumpulan baru yang dianggotai anak-anak muda ini bergelar Namias.

Kumpulan Namias ditubuhkan pada pertengahan tahun 2018. Ia dianggotai oleh Aidil sebagai vokalis, Afiq sebagai pemain bass, Alif sebagai pemain gitar utama, Nami sebagai pemain gitar ke 2, AJ sebagi gitaris, Naqi sebagai keyboardist dan Imran sebagai pemain dram.Menurut Aidil selaku vokalis , warna merupakan sebuah lagu yang cukup sinonim dengan jiwa remaja.

Tidak hanya itu, single ini boleh diterjemahkan sebagai 100 peratus berkait ruang lingkup kehidupan personal dan karier seninya. Lagu ini telah diterima baik dengan tontonan di laman Youtube hampir 14,000 sejak dilancarkan hampir 1 bulan. 

Menurut Aidil lagi, cabaran mereka di usia yang muda sekitar 18-22 tahun ialah mereka datang dari negeri yang  sama dan selalu berjumpa  menjadikan mereka lebih serasi untuk mengimbangi masa atas faktor lokasi, pelajaran dan karier dalam muzik.

Mereka berharap pergorbanan mereka dapat memberi impak yang positif serta diterima oleh pendengar muzik tanah air,

“Kami memilih lagu ini sebagai lagu pertama kami kerana ia relevan dengan arus industri muzik di negara kita buat masa sekarang,”

“Kelainan single ini jika dibandingkan dengan lagu-lagu masa kini ialah keindahan melodi dan digarap liriknya yang matang.

Tidak hanya itu, saya turut menekankan aspek vokal secara total. Begitupun, kalau didengari semula, susunan muzik untuk lagu ini lebih moden,”

– Aidil
Single WARNA Jadi Taruhan Pertama Kumpulan NAMIAS

Menyambung bicara, pembikinan dan proses di belakang tabir untuk single ini memakan masa selama 3 bulan sebelum ia siap sepenuhnya.

“Harapan kami agar single ini bakal meraih tumpuan peminat sekali gus dapat memberi sokongan terhadap sumbangan kecil hasil seni saya bersama komposer yang terlibat.

Tidak ketinggalan, saya sentiasa berambisi tinggi untuk terus menghadirkan lagu-lagu berkonsep unik dan moden bagi lebih mewarnai kanvas bidang hiburan tempatan.”

Aidil

Para peminat kini boleh melayari video lirik lagu WARNA di Youtube: https://youtu.be/9QVakDU2_K0

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dazrina Bantu Ibu Bapa Anak Istimewa Dapatkan Bahan Pembelajaran

Menangi Peraduan Wang Tunai RM10,000 #LIFEBEATZ TikTok Challenge