in

Single Terbaru Nashrin Percaya Pada Luka

NASHRIN – PERCAYA PADA LUKA

Selepas kejayaan “Fobia Cinta”, Nashrin yang kini dikenali dengan imej pop balada kini tampil lagi dengan single terbaru bertajuk “Percaya Pada Luka”. Single ini adalah hasil karya Acap sebagai komposer bersama Roy sebagai penulis lirik. Seperti single pertama yang digubah dalam irama pop balada, “Percaya Pada Luka” membuktikan betapa Nashrin serasi dengan rentak ini.

Single ini adalah berkisar tentang kisah percintaan yang berakhir dengan kedukaan. Sesungguhnya segala yang dirancang adalah atas ketentuan Ilahi. Adakah keindahan percintaan hanyalah mimpi semata-mata? Adakah lumrah percintaan berakhir dengan kedukaan? Pertanyaan-pertanyaan berkisar tentang lumrah percintaan sebegini dipersoalkan dalam rangkap-rangkap verse pendek pada lagu ini. Manakala pada bahagian bridge lagu ini pula menyatakan tentang perihal kesepian yang menemani kedukaan.

Bahagian korus lagu ini merupakan pernyataan kepercayaan sang pencinta tentang percintaannya yang telah ditakdirkan. Secara keseluruhannya, “Percaya Pada Luka” membawa mesej betapa keindahan percintaan mungkin tidak berkekalan.

Bagi penggemar irama pop balada, jangan lepaskan peluang untuk memuat turun lagu “Percaya Pada Luka” sebagai nada dering anda. Bagi Maxis Caller Ringtones, sila tekan *131*167471# dan tekan call/send, bagi Maxis  True Tones, taip GET<Jarak>10439289 dan hantar ke 29000, manakala bagi Maxis Full Song pula, taip GET<Jarak>10439323 dan hantar ke 2900, ataupun dengan melayari http://www.musicunlimited.com.my. Bagi Digi Caller Tunes, anda boleh dapatkan lagu ini dengan menaip CT<Jarak>0086292 dan hantar ke 2000, bagi Digi True Tones, taip GET<Jarak>22200497454 dan hantar ke 2000, manakala bagi Digi Full Song pula, taip GET<Jarak>22200497468 dan hantar ke 2000,ataupun dengan melayari http://ct.digi.com.my. Bagi mendapatkan U Mobile Colour Tones bagi lagu ini pula, sila taip CT<Jarak>222529, dan hantar ke 28118, ataupun layari http://www.u.com.my. Selain itu, anda juga boleh layari http://music.ovi.com/my untuk mendapatkan lagu ini.

 

PERCAYA PADA LUKA

Senilagu: Acap

Senikata: Roy

Hakcipta Senilagu & Senikata: OP: Music At Eleven / SP: Luncai Emas Sdn Bhd

Benarkah pencarian mimpi ini

Hanyalah dongengan cinta

Dalam pertaruhan

Haruskah pertemuan jiwa ini

Berakhir bersama airmata

Sepi yang menemani jiwa

Di saat ku terluka

Bisakah aku, mengenal cinta

Aku percaya

Pada takdir cinta kita

Yang telah terukir

Di dasar jiwaku

Yang merindu

Dirimu

Namunku bertanya padanya

Haruskah ku percaya pada luka

Sebagai tanda kesetiaan

Cinta kasih kita

Sempurnakah lukisan cinta ini

Tanpa corak warna kasih

Lakaran suciku

 

Apakah coretan rintihan malam

Hanyalah mainan cintamu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Album Love Story Melly Goeslow

Sengatan Emelda Rosmila Dalam Drama Bersiri Obor-Obor