in

Single Kedua Siti Nurhaliza Remember You Featuring Sean Kingston

SINGLE KEDUA DATO’ SITI NURHALIZA “REMEMBER YOU” YANG MENAMPILKAN SEAN KINGSTON TELAH DIPUTARKAN DI STESYEN RADIO TEMPATAN

Dato’ Siti Nurhaliza berjaya melancarkan single kedua beliau berjudul “Remember You” yang menampilkan penyanyi Jamaica-Amerika terkenal iaitu Sean Kingston untuk putaran di stesyen radio tempatan. Single “Remember You” adalah single kedua Dato’ Siti Nurhaliza dari album Inggeris pertama beliau “All Your Love”, berikutan kejayaan single pertama beliau berjudul “Falling in Love”.

“Lagu ini cukup bermakna buat diri Siti. Bukan sahaja lagu ini adalah kerjasama sulung Siti dengan artis yang sungguh popular dari Amerika Syarikat, tetapi ia juga merupakan salah satu lagu terbaik yang Siti rakamkan dalam album ini.

Lagu ini adalah tentang mengenang kembali seseorang yang istimewa dari masa lalu. Tetapi bagi Siti sendiri, Siti banyak mengenang kembali perjalanan Siti dalam persada seni tanahair sejak 17 tahun lalu apabila merakam lagu ini. Berkat doa dan sokongan yang melimpah dari para peminat, keluarga, rakan-rakan artis dan media membuatkan Siti berasa tersyukur, rendah diri, dan disayangi. Oleh itu, Siti mendedikasikan lagu ini kepada semua peminat Siti”, ujar Dato’ Siti Nurhaliza ketika ditanya mengenai single kedua beliau.

Untuk mempromosikan single terbaru beliau, Dato’ Siti Nurhaliza akan bertemu peminat di dua sesi “Meet The Fans” di tempat dan tarikh berikut:

  1. Rock Corner, The Curve pada hari Sabtu, 10 Mac 2012, dari jam 3:00 petang hingga 5:00 petang.
  2. Music Carnival 2012 @ One Utama Shopping Centre (New Wing), pada hari Jumaat, March 16 2012 dari jam 5:00 petang hingga 7:00 petang

Lagu dan lirik “Remember You” adalah hasil dari Bryan Bouro dan Alexander Kristian dan diterbitkan oleh Bryan Bouro. Lagu “Remember You” juga diadun oleh Studio mixHous di Los Angeles dan mastering dilakukan di Oasis Mastering di Burbank, California.

Para peminat Dato’ Siti Nurhaliza boleh mendapatkan album Inggeris pertama Dato’ Siti Nurhaliza berjudul “All Your Love” di kedai muzik berhampiran atau muat turun lagu Dato’ Siti Nurhaliza melalui www.sitidigital.com. Para peminat juga boleh memuat turun audio dan nada dering di sini.

Untuk mengikuti perkembangan Dato’ Siti Nurhaliza, peminat boleh melanggan www.youtube.com/sitidigital atau twitter Dato’ Siti Nurhaliza di @ctnurhaliza11.

Cover Album Siti Nurhaliza 070511-516131

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dua Filem Melayu Seminggu di Pawagam Mulai 24 Mei

EKSKLUSIF Video Muzik Terbaru Prema Yin SUPERSTAR