in , ,

Sidang Media Aishah vs Dato’ Seri Vida – Tuntutan Hadiah Berlian

Pada pagi ini, Budiey telah menghadiri satu sidang media tergempar yang dianjurkan oleh penyanyi JANJI MANISMU iaitu Aishah. Sidang media ini diadakan di Dapur Emas Cafe, Tam Tun Di. Ismail, Kuala Lumpur turut dihadiri oleh suami Aishah dan peguamcara Aishah, Mohammad Izwan Bin Azmi.

Sidang media ini diadakan adalah untuk mengumumkan tentang kes tuntutan sivil Aishah ke atas Dato’ Seri Vida berkenaan tentang tuntutan hadiah berlian selepas menjuarai sebuah pertandingan nyanyian Gegar Vaganza musim ke-4. Bertabah je la ya.

Sidang Media Aishah vs DSV

Sebelum ini, Aishah terkejut dan terkilan dengan hadiah tanah lot banglo yang dimenanginya tidak seperti yang dijanjikan.

Aishah, 53, berkata dia telah dimaklumkan akan menerima tanah lot yang lebih kecil dan bukan seperti yang diumumkan semasa memenangi pertandingan tersebut.

Sidang Media Aishah vs DSV

Semasa Konsert GEGAR VAGANZA baru-baru ini, Datul Seri Aliff Syukri mahu menjemput Aishah dan Dato’ Seri Vida untuk berdamai di acara mingguan itu. Semasa sidang media ini, Aishah telah menolak untuk hadir di atas alasan tertentu.

“I felt Insulted.” – Aishah

Aishah telah memberi tempoh tujuh hari kepada Vida berhubung hadiah barang kemas didakwa palsu selain permohonan maaf.

Aishah menerusi peguamnya Mohammad Izwan Azmi, berkata, ahli perniagaan tersebut perlu bertanggungjawab terhadap hadiah yang dihebohkan selepas Aishah menjuarai Gegar Vaganza musim keempat.

“Kami sudah menghantar satu surat tuntutan bermula hari ini. Menerusi surat tersebut terdapat dua tuntutan iaitu seutas rantai berlian asli dengan nilai setara RM80,000 seperti dihebohkan.

“Manakala tuntutan kedua satu permohonan maaf terbuka atas representasi yang salah yang telah dibuat berkenaan rantai berlian tersebut.”

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Janji Manismu ini bersama peguamnya ditemui pada sidang media khas yang diadakan di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Tambahnya, tindakan undang-undang akan diambil jika usahawan berkenaan gagal berbuat demikian dalam tempoh tujuh hari yang diberikan.

Sementara itu, Aishah berkata, dia juga menolak jemputan untuk hadir pada minggu kedua Gegar Vaganza musim kelima (GV5) bagi menyelesaikan isu berkenaan seperti dicadangkan pihak Astro.

Sidang Media Aishah vs DSV

Malam ini, Aishah akan buat persembahan di Konsert Extravaganza yang diadakan di RTM. Beliau agak sibuk dan sebenarnya tidak ada masa untuk menghadapi masalah sebegini. Tapi nak buat macamana….

Bertabah la ya.

Kata Aishah, pentas nyanyian tersebut bukan tempat yang sesuai untuk menyelesaikan itu.

“Saya dapat jemputan rasmi untuk hadir pada minggu ini GV5 tapi saya tidak akan hadir berikutan pentas nyanyian bukan tempat yang sesuai untuk selesaikan isu itu.

“Mungkin penaja baru iaitu Datuk Seri Aliff Syukri menganggap perkara itu kecil dan saya anggap ia seperti memperlekehkan isu ini sahaja.

“Ia hanya berkaitan ‘rating’ sahaja, perkara itu tidak boleh selesai dalam tempoh dua tiga minit siaran langsung itu,”

Dalam pada itu, Aishah berkata, tindakan yang dilakukan ini adalah bagi menyedarkan pihak penaja dan badan penyiaran agar tidak terus membuli artis untuk kepentingan mereka.

Sidang Media Aishah vs DSV

“Kalau saya tidak bercakap dan menuntut keadilan ini sampai bila artis ingin ditipu dan dibuli? Ramai yang melalui perkara sama tapi hanya berdiam diri,” – Aishah

Pada 25 Ogos lalu, Aishah mendedahkan masih belum menerima hadiah tersebut selain mendakwa barangan kemas tajaan usahawan Datuk Seri Vida yang bernilai RM80,000 adalah palsu.

Bagaimanapun hadiah lain seperti wang tunai berjumlah RM100,000, pakej percutian ke Eropah Timur dan baucer beli-belah sudah diterimanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

I Can See Your Voice Malaysia Black Trending di Youtube Malaysia

Hadiah Wang Tunai RM32,000 Menanti Anda di Hot Selebriti!