in , ,

Siaran Langsung SFMM 35 Malam Ketiga Terpaksa Ditunda Demi Keselamatan

Ekoran penyanyi Alif Star disahkan positif Covid-19, episod ketiga pertandingan Muzik-Muzik 35, yang sepatutnya berlangsung pada mala mini ditunda kepada satu tarikh lain. Pengumuman tersebut dibuat menerusi laman sosial rasmi Instagram (IG) Muzik-Muzik sebentar tadi.

Peringkat separuh akhir program Muzik Muzik 35 (SFMM 35) episod ketiga yang dijadual berlangsung jam 9 malam ini di TV3, ditunda.

Ia susulan penyanyi, Alif Satar yang juga peserta SFMM 35 episod pertama, kelmarin disahkan positif Covid-19.

Siaran Langsung SFMM 35 Malam Ketiga Terpaksa Ditunda

SFMM 35 yang dijadual berlangsung malam ini bakal mengumumkan 12 lagu yang layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) tahun depan.

Terdahulu, Alif menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram dengan mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas menjani ujian swab beberapa hari lalu. 

Difahamkan, penyanyi itu dimaklumkan oleh bapanya mengenai salah seorang kontrak rapat yang ditemui Alif pada Selasa lalu positif pandemik itu dan terus bergegas menjalani ujian saringan Covid-19.

Alif kini menjalani rawatan dan proses kuarantin di sebuah pusat perubatan di Melaka bermula hari ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kontak Rapat Alif Satar dalam Drama PENJARA JANJI, Zulin Aziz Kena Kuarantin

Penggambaran Drama Penjara Janji JS Pictures Dihentikan Serta Merta